Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Outlet Supervisor

RM 1,900 - RM 2,200 / Per Mon


Original
Simplified

Tanggungjawab

(a) Menyumbang kepada kenaikan jualan kiosk & jualan cawangan.

(b) Perkhidmatan Pelanggan - Menjawab pertanyaan, wajib memberi layanan dan juga bantuan kepada pelanggan walaupun DobiQueen ialah Dobi layan diri.

- Drop Off Pick Up (DOPU) service: Membantu pelanggan mencuci dan mengeringkan pakaian.

- Free Transfer service: Memindahkan pakaian pelanggan dari washer ke dryer.

- Easy Folding service: Melipat pakaian pelanggan dengan teknik yang mudah untuk mengelakkan kedutan bagi Free Transfer & Drop Off Pick Up (DOPU) service (tanpa caj).

- Folding Service: Melipat pakaian pelanggan mengikut SOP syarikat (caj dikenakan dan pekerja akan mendapat komisyen).

(c) Menjaga kebersihan cawangan sepanjang waktu bekerja.

(d) Menyediakan laporan harian - Opening, Closing dan Jualan Produk DobiQueen.

(e) Menguruskan kiosk Foto-Zzoom (Passport & 4R printing & Photostate).

(f) Menguruskan sebarang alat-alatan ie. gas, pump, dan sebagainya di dalam cawangan untuk memastikan operasi berjalan dengan lancar.

(g) Patuh dan sedia untuk bekerjasama dengan Outlet Manager dalam menguruskan cawangan.

(h) Melaksanakan tugasan lain yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.

Bekerja seorang dalam cawangan, seperti anda adalah pemilik cawangan! Tiada masalah atau isu politik atau konflik dengan pekerja lain!

Jika anda seseorang yang sentiasa inginkan cabaran tanpa henti, diperkayakan dengan hasil pencapaian yang maksimum dan didorong dengan usaha yang menguntungkan, mungkin anda adalah calon yang kami cari untuk menyertai pasukan dinamik kami yang sangat komited terhadap kejayaan jangka panjang.

Di sini, perkembangan diri dan kerjaya bukanlah sekadar kata-kata, ia merupakan benih DNA di kalangan kami. Kami sangat berdedikasi dalam memupuk dan memelihara bakat, memberi peluang dan memupuk perkembangan peribadi dan profesional setiap masa.

PA yang kami tawarkan?

- Kerja retail, tapi waktu kerja hanya dari 9:30am - 7pm

- Bonus 2 kali setahun

- Kenaikan gaji 3 kali pada tahun pertama

- Ganjaran prestasi bulanan

- Tiada pengalaman? OK je!

Syarat-syarat kelayakan

- Berintegriti

- Memberikan kerjasama yang baik dengan Pengurus Cawangan dalam merancang strategi yang bagus untuk meningkatkan hasil jualan cawangan

- Seorang yang petah berkomunikasi dengan sopan dan mampu menarik perhatian pelanggan untuk membeli barangan yang dijual di cawangan

Faedah

- Cuti Tahunan (8 hari)

- Pihak syarikat akan menyediakan pakaian seragam (Uniform) kepada pekerja sebanyak 3 helai.

- EPF & SOCSO

- Tuntutan perubatan (dari institusi kerajaan sahaja)

- Servis basuh baju percuma

- Bonus 6 bulan sekali sekiranya mencapai KPI

Waktu Bekerja :

i. 9.30am - 7.00pm

ii. Waktu rehat selama 2 jam.

iii. Bekerja 6 hari seminggu & cuti pada hari biasa.

iv. Sebarang pertukaran waktu bekerja adalah atas budi bicara Pihak Syarikat.

v. Kerja lebih masa (OT) hanya perlu sekiranya diberitahu oleh pihak atasan.

** Semua calon yang terpilih perlu menjalani latihan selama lima (5) hari sebagai sebahagian daripada proses pengambilan kerja. Selama tempoh ini, prestasi kerja calon akan dipantau bagi menentukan jawatan sebagai pekerja sepenuh masa bergantung kepada potensi calon.

** Keputusan mutlak dikeluarkan daripada pihak syarikat adalah muktamad.