Epicareer Might not Working Properly
Learn More

JAWATAN KOSONG : EKSEKUTIF JUALAN

Salary undisclosed

Apply on


Original
Simplified
Description

Pusat Tuisyen Satelit kini mencari individu yang berdedikasi dan berwawasan untuk menyertai pasukan kami sebagai Eksekutif Jualan.

Tanggungjawab:

- Menguruskan pertanyaan pelanggan melalui platform Facebook dan WhatsApp.

- Menyelia dan mengemaskini akaun media sosial syarikat (FB, IG, Page).

- Menjawab panggilan, mesej teks, dan mesej di WhatsApp, Instagram DM, Facebook PM.

- Memproses butiran tempahan pelanggan ke dalam sistem.

- Bekerjasama dalam pasukan untuk mencapai sasaran jualan individu dan kumpulan.

- Menghantar laporan harian kepada pengurus.

- Mematuhi SOP dan prosedur syarikat yang ditetapkan.

Kelayakan:

- Perempuan berumur antara 18 hingga 30 tahun.

- Minimum Diploma dalam bidang berkaitan.

- Fasih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

- Mempunyai kenderaan sendiri dan boleh bekerja dengan fleksibel.

- Penampilan profesional, berkeyakinan, dan memiliki kemahiran komunikasi yang baik.

- Rajin, berdedikasi, dan berminat dalam bidang jualan serta pembangunan diri.

- Tinggal di Kota Bharu atau kawasan berdekatan.

Faedah Pekerjaan:

- Gaji asas: RM1,500 - RM3,000 (berdasarkan kelayakan dan pengalaman).

- Caruman KWSP & SOCSO disediakan selepas tamat tempoh percubaan.

Lokasi:

- Bandar Satelit Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan

Cara Memohon:

- Calon yang berminat diminta menghantar resume dan CV dengan maklumat berikut:

- Subjek emel: “Permohonan Eksekutif Jualan”.

- Sertakan gambar dan alamat terkini.

- Nyatakan sebab anda berminat serta kelebihan anda.

- Sertakan pengalaman jualan jika ada.

- Hantar permohonan anda ke:

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi.

Company

Pusat Tuisyen Satelit

Deskripsi Syarikat:

Selamat datang ke Pusat Tuisyen Satelit, peneraju dalam memberikan perkhidmatan pendidikan berkualiti tinggi di Kota Bharu. Kami komited untuk membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik melalui pendekatan pembelajaran yang inovatif dan berkesan.

Di Pusat Tuisyen Satelit, kami menawarkan pelbagai program tuisyen yang direka khas untuk memenuhi keperluan setiap pelajar, dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah. Tenaga pengajar kami terdiri daripada profesional berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing, yang berdedikasi untuk memberikan sokongan akademik yang menyeluruh.

Visi:
Menjadi pusat tuisyen terkemuka yang membentuk generasi pelajar yang cemerlang dan berdaya saing di peringkat global.

Misi:
1. Menyediakan perkhidmatan tuisyen yang berkualiti tinggi dengan pendekatan pembelajaran yang interaktif dan berpusatkan pelajar.
2. Menginspirasikan pelajar untuk mencapai potensi penuh mereka melalui bimbingan dan motivasi yang berterusan.
3. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan menyokong perkembangan akademik serta personal pelajar.

Perkhidmatan Kami:
- Kelas Cepat Membaca Bermula Seawal Umur 5 Tahun
- Tuisyen Matapelajaran Teras (Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu)
- Program Persediaan Peperiksaan Sekolah Rendah hingga Menengah Atas
- Kelas Tambahan dan Intensif
- Kelas Online dan Luar Talian
- Sesi Bimbingan dan Kaunseling Akademik

Similar Jobs

1d ago

Veterinary assistant
Klinik veterinar jalan reko
K

Full Time, onsite, onsite

RM 1,800 / Per Mon

1d ago

N

Full Time, onsite, onsite

RM 2,000 / Per Mon