Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Penolong Pegawai Teknologi

  • Full Time, onsite
  • National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM)
  • Gelugor, Malaysia
Salary undisclosed

Apply on


Original
Simplified

National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) yang ditubuhkan pada 27 Januari 2012 adalah sebuah konsortium institut-institut bioteknologi kebangsaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) beroperasi sebagai syarikat berhad dengan jaminan untuk menerajui penyelidikan, pembangunan, inovasi dan pengkomersilan bioteknologi moden. Konsortium ini terdiri daripada tiga institut iaitu Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI) di Serdang, Selangor, Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm) di Gelugor, Pulau Pinang, dan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) di Bangi, Selangor. NIBM mempelawa individu yang berkelayakan, berpengalaman, dinamik, dan bersedia untuk bekerja kuat menyertai organisasi kami bagi jawatan seperti berikut:

Mempunyai kebolehan untuk melaksanakan tugas-tugas berikut:

  • Terlibat dalam aktiviti R&D IPharm dan penyediaan perkhidmatan kepada pelanggan serta tugas-tugas pentadbiran;
  • Terlibat dalam penghasilan produk ubat tradisional berasaskan prinsip Good Manufacturing Practice (GMP);
  • Terlibat dalam pencucian peralatan dan keseluruhan fasiliti GMP, memasang semula mesin dan menjalankan mesin mengikut SOP yang ditetapkan;
  • Memastikan tahap kebersihan kilang melepasi piawaian pada setiap masa;
  • Memastikan kesediaan mesin dan persekitaran fasiliti GMP untuk aktiviti pembuatan produk mengikut arahan dari masa ke masa;
  • Terlibat dalam keseluruhan operasi kilang GMP IPharm-NIBM;
  • Bertanggungjawab menjalankan operasi kilang GMP terutamanya dalam proses penghasilan produk dengan mematuhi prinsip GMP semasa; dan
  • Lain-lain arahan dari semasa ke semasa.
  • Kelayakan dan Pengalaman:

  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Teknologi Pembuatan/Teknologi Industri atau yang berkaitan dan diiktiraf oleh kerajaan malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Mempunyai pengalaman bekerja di kilang merupakan kelebihan. Walaubagaimanapun, calon yang tiada pengalaman digalakkan memohon;
  • Calon yang mempunyai pengalaman bekerja dalam menguruskan fasiliti pembuatan produk ubat tradisional dan dokumentasi GMP adalah satu kelebihan;
  • Calon hendaklah mempunyai keupayaan fizikal untuk menjalankan kerja berat dan sihat tubuh badan;
  • Calon hendaklah mampu bekerja secara berdikari dan kerja berpasukan.
  • Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: https://nibm.my/v6/?page_id=135

    Tarikh Tutup Iklan : 15 Oktober 2024

    Similar Jobs

    1d ago

    Full Time, onsite, onsite

    Salary undisclosed

    1d ago

    PEGAWAI SERANTA
    PUSAT KHIDMAT KADUN BAGAN DALAM

    Full Time, onsite, onsite

    Salary undisclosed

    1d ago

    Full Time, onsite, onsite

    RM 3,500 / Per Mon