Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Pemandu Lori Rigid & Curtain Sider (Gaji Kasar : RM4,000 - RM6,000)

RM 4,000 - RM 6,000 / month

Apply on

Availability Status

This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.


Original
Simplified

TANGGUNGJAWAB:

  • Memandu lori rigid dan lori curtain sider (BTM 12,000kg ke atas) dengan selamat dan berhemah.
  • Menghantar barang kepada pelanggan dengan selamat dan menggunakan aplikasi / sistem yang ditetapkan.
  • Mengurus, mengendalikan & beroperasi pam untuk memunggah barang di laman pelanggan dengan selamat dan memastikan peralatan berada dalam keadaan berfungsi.
  • Melaporkan sebarang isu penyelenggaraan kenderaan dan pam kepada Penyelia Logistik.
  • Melakukan pemeriksaan harian Post-Drive Check (PDC) pada kenderaan, merekod isu yang ditemui dan memaklumkan kepada Penyelia Logistik untuk kelulusan sebelum meneruskan perjalanan.
  • Mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan termasuk pemakaian PPE yang sesuai di gudang dan lokasi pelanggan semasa bertugas.
  • Mematuhi had laju yang diwartakan di jalan raya (lebuhraya/jalan persekutuan) atau dalam kawasan pelanggan.
  • Mengawal tempoh idling kenderaan agar tidak melebihi sasaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
  • Mengumpul dan menyerahkan semua Delivery Order & Return Note (CA) kepada penyelia secara mingguan tanpa gagal.
  • Memastikan kad Diesel dan kad Touch N Go yang diberikan oleh syarikat dijaga dengan baik dan tiada penggunaan tanpa kebenaran.
  • Segera memaklumkan kepada Penyelia Logistik mengenai sebarang isu kehadiran seperti MC / EL / kelewatan tanpa gagal.
  • Memastikan clock-in dan clock-out harian di mesin Thumbprint Attendance Recorder tanpa gagal.
  • Memastikan kebersihan kenderaan yang ditugaskan.
  • Membaca & mentafsir peta & arah pemanduan untuk merancang laluan yang paling efisien untuk perkhidmatan.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diberikan dari semasa ke semasa oleh Penyelia dan Pengurusan.

KELAYAKAN:

  • Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya kelayakan PMR/SPM atau setaraf.
  • Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan diperlukan untuk jawatan ini.
  • Berpengalaman dalam mengendalikan bahan kimia (Caustic Soda, Hydrochloric Acid, Sodium Hypochlorite) akan dipertimbangkan terlebih dahulu.
  • Berpengalaman dalam mengendalikan tumpahan bahan kimia & pam didorong enjin diesel akan dipertimbangkan terlebih dahulu.
  • Mahir menggunakan Waze / Google Maps.
  • Memiliki lesen memandu E Full Class & GDL.
  • Mempunyai kemahiran memandu yang baik dan rekod trafik yang bersih.
  • Berdisiplin, berperibadi baik, dan mempunyai pengurusan masa yang baik.

Untuk maklumat lanjut mengenai syarikat kami, sila lawati kami di:-

Website: https://www.tmkchemical.com

Facebook: https://www.facebook.com/tmkchemical

*Sila dimaklumkan bahawa hanya calon yang terpilih akan dimaklumkan.

Job Type: Full-time

Pay: RM4,000.00 - RM6,000.00 per month

Benefits:

  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Schedule:

  • Day shift