Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Pemandu Kenderaan Gred H11 (Contract of Service)

RM 2,000 - RM 2,499 / Per Mon

Apply on

Availability Status

This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.


Original
Simplified
JAWATAN KOSONG PEMANDU KENDERAAN PEJABAT (KONTRAK-CONTRACT OF SERVICE) DI KEMENTERIAN LUAR NEGERI Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia, Kementerian Luar Negeri seperti berikut: MAKLUMAT PERJAWATAN (a) Jawatan: Pemandu gred H11 (1 kekosongan) (b) Kumpulan: Pelaksana (c) Taraf Jawatan: Kontrak MAKLUMAT GAJI Gaji Minimum : RM1,264.15 Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00 MAKLUMAT ELAUN (i) Elaun khidmat awam RM95.00 (ii) Perumahan RM300.00 (iii) Bantuan Sara Hidup RM350.00 MAKLUMAT BERKAITAN SYARAT LANTIKAN Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut: (a) Warganegara Malaysia; (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) Mempunyai kelulusan Pentaksiran Tingkatan 3/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, (d) Lesen Memandu sekurang-kurangnya Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]; (e) Kepujian bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan (f) Mempunyai pengalaman tidak kurang daripada dua (2) tahun dalam bidang berkenaan BIDANG TUGAS (a) Memeriksa dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan pemanduan. (b) Membersih dan menyelenggara kenderaan yang dikhaskan setiap pagi dan melaporkan kepada penyelia pemandu jika terdapat kerosakan; (c) Membawa pegawai untuk bertugas rasmi di luar pejabat semasa waktu pejabat, luar waktu pejabat, Hari Kelepasan Am dan hujung minggu; (d) Menghantar surat ke Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Agensi Swasta; (e) Menerima arahan bertugas daripada penyelia pemandu dari semasa ke semasa seperti kerja lebih masa dan lain-lain; (f) Memastikan buku log kenderaan sentiasa berada di dalam kenderaan dan dicatat dengan betul; (g) Memastikan kad minyak, kad ‘touch n go’ sentiasa sedia untuk digunakan dan di ‘top up’; (h) Melaporkan sebarang kerosakan kenderaan atau kemalangan kepada penyelia; (i) Memaklumkan kepada penyelia untuk penyelenggaraan kenderaan mengikut tempoh yang ditetapkan; (j) Memastikan minyak petrol/diesel kenderaan sentiasa mencukupi dan sedia untuk digunakan; (k) Membantu Jabatan yang lain serta lain-lain tugas yang diarah dari semasa ke semasa.
Similar Jobs

1d ago

Full Time, onsite, onsite

Salary undisclosed

1d ago

Full Time, onsite, onsite

Salary undisclosed