Epicareer Might not Working Properly
Learn More
P

Manager, Warehouse Operation (Gudang PGU, DC Johor)

RM 5,000 - RM 9,000 / Per Mon

Apply on

Availability Status

This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.


Original
Simplified

MANAGER, WAREHOUSE OPERATION

Deskripsi Kerja:

  • Menguruskan stok, harta syarikat dan stokpail kerajaan pada aras dan kos yang optima dan berpandukan polisi dan prosedur syarikat
  • Bertanggungjawab untuk memastikan semua proses perniagaan gudang dalam keadaan tersusun, teratur dan licin
  • Memastikan aduan entiti berkepentingan mendapat respon sewajarnya dan melaksanakan tindakan pembetulan

Tanggungjawab:

1. Merancang, memantau dan mengurus Pengurusan Stok dan Inventori di Gudang Bernas dengan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan dari segi pengurusan kos, kepuasan pelanggan, proses dalaman dan produktiviti

  • Mengurus dan memantau keselamatan dan kewujudan stok dagangan syarikat, stok simpanan kerajaan disimpan dalam keadaan baik di semua gudang
  • Mematuhi "Prosedur Operasi Standard" (SOP) Gudang Sabah
  • Mengurus dan memantau pergerakan stok terutamanya semasa operasi penerimaan, penyimpanan dan pengeluaran
  • Mengurus dan memastikan kualiti keseluruhan stok yang disimpan berada dalam keadaan yang memuaskan, dan mengikut keperluan Jabatan Jualan
  • Mengurus dan memastikan serangan perosak berada dalam standard yang dibenarkan
  • Menguruskan defisit stok adalah dalam kadar yang dibenarkan
  • Menyediakan dan menyerahkan semua laporan berkala dalam garis masa

2. Merancang, memantau dan mengurs Pengurusan Gudang dan Operasi di Gudang Bernas dengan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan dari segi pengurusan kos, kepuasan, pelanggan, proses dalaman dan produktiviti

  • Mengurus dan memantau operasi harian di gudang adalah mengikut "SOP" dan pematuhan OSHA
  • Mengurus dan memastikan tahap pematuhan gudang terhadap keperluan dan piawaian CGSO pada setiap masa
  • Menguruskan penggunaan ruang gudang untuk penyimpanan stok pada kapasiti optimum
  • Menguruskan kebersihan dan penyelenggaraan dalam keadaan baik gudang dan kemudahannya pada setiap masa
  • Mengurus dan memantau prestasi semua kontraktor dan pembekal menjalankan tugas mereka mengikut terma, syarat dan perjanjian perkhidmatan
  • Merancang dan melaksanakan penambahbaikan perniagaan berterusan yang membawa kepada kecekapan dan keberkesanan operasi
  • Menjawab sebarang isu atau aduan yang diterima daripada Jabatan lain. Pihak berkuasa kerajaan atau pelanggan

3. Merancang, memantau dan mengurus Pengurusan Sistem Inventori

  • Mengurus Sistem Axapta & WBS mengikut Standrad Prosedur Operasi dan Had Kuasa Pengurusan Inventori serta melaporkan sebarang kegagalan sistem untuk penyelesaian masalah

4. Mengurus kakitangan dan pembangunan pekerja

  • Menguruskan pelaksaan program 6S dan memastikan budaya 6S diamalkan oleh semua kakitangan di tempat kerja mereka
  • Mengurus dan memantau kehadiran kakitangan, cuti dan disiplin adalah mengikut prosedur syarikat
  • Menyediakan semua tugasan kerja kepada kakitangan masing-masing
  • Sentiasa meningkatkan moral kakitangan dibawah seliaan langsung melalui komunikasi berkesan, penetaoan matlamat kerja dan matlamat pasukan yang jelas melalui pembaikan berterusan dan menjaga kebajikan kakitangan
  • Menganalisan kemahiran kerja kakitangan yang diselia dan menyarankan / memberikan latihan kerja (on job training) berekod sewajarnya bagi memastikan objektif kerja kakitangan dan organisasi dipenuhi

5. Memantau dan mengurs Pengurusan Kewangan dan Bajet di peringkat Zon

  • Merancang dan mengemukakan belanjawan tahunan dalam tempoh masa
  • Mengurus dan memantau OPEX dan CAPEX mengikut kelulusan pengurusan dan prosedur syarikat
  • Menyemak dan mengesahkan invois dan dokumen sokongan dan memproses invois pembekal perkhidmatan dalam tempoh yang ditetapkan
  • Menyediakan dan menyerahkan semua laporan dalam tempoh masa

6. Menguatkuasa Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di peringkat zon

  • Mengetuai Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihtan Pekerja
  • Memastikan pelaksanaan atau aktiviti keselamatan dan kesihtan pekerja
  • Menyediakan Peralatan Perlindungan kepada semua kakitangan dan pekerja
  • Menyediakan tempat bekerja yang kondusif, selesa dan selamat kepada kakitangan dan pekerja

7. Lain-lain tugasan

  • Mengetuai jawatankuasa keselamtan dan kesihatan pekerja
  • Menyertai jawatankuasa bagi aktiviti kecil kumpulan yang dianjurkan oleh Bahagian/Jabatan
  • Menerima arahan dari masa ke semasa daripada Ketua Unit dan ketua Jataban

Keperluan Kerja:

1. Kelayakan:

  • Ijazah dalam bidang Logistik, Rantaian Bekalan atau Perakaunan dan pelbagai bidang

2. Tahun Pengalaman Kerja:

  • 5-6 Tahun pengalaman dalam bidang Pengurusan Gudang dan Rantaian Bekalan

3. Pengetahuan Khusus:

  • Pengurusan stok dan penganalisa data

4. Kemahiran:

  • Kemahiran komputer Microsoft Office (Intermediate)

5. Atribut Peribadi:

  • Mempunyai inisiatif sendiri dan proaktif
  • Boleh bekerja dibawah tekanan dan seliaan minima
  • Berintegriti tinggi, jujur dan amanah
  • Suka belajar dan boleh dilatih

Job Types: Full-time, Permanent

Pay: RM5,000.00 - RM9,000.00 per month

Benefits:

  • Health insurance
  • Maternity leave
  • Professional development

Schedule:

  • Monday to Friday

Supplemental Pay:

  • Overtime pay
  • Yearly bonus

Education:

  • Bachelor's (Required)

Experience:

  • Working in warehouse operation: 5 years (Required)