Epicareer Might not Working Properly
Learn More

PENOLONG KANAN (UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT / IT)

RM 2,500 - RM 2,999 / Per Mon

Apply on

Availability Status

This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.


Original
Simplified
LOKASI PENEMPATAN BEKERJA Permodalan Darul Ta'zim Sdn Bhd (PDT) TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Jabatan : Pentadbiran Unit : Teknologi Maklumat 1. Membantu menganalisis dan menyediakan Pelan Strategik Teknologi Maklumat yang bersesuaian dengan operasi syarikat; 2. Membantu menyediakan polisi atau prosedur berkaitan Teknologi Maklumat seperti polisi perisian, pemulihan, keselamatan siber, prosedur penyimpanan data dan penyelenggaraan; 3. Membantu menganalisis keperluan program / sistem yang berkaitan bagi kegunaan syarikat; 4. Menyelenggara sistem sedia ada serta berkeupayaan di dalam menyelesaikan masalah (troubleshooting dan problem solving) yang berkaitan dengan program dan sistem; 5. Memberi latihan serta bantuan teknikal kepada kakitangan (pengguna) berkaitan Teknologi Maklumat; 6. Membantu dalam pengawalan dan penyelenggaraan perkakasan, perisian dan jaringan data; 7. Membantu dalam penyediaan spesifikasi dan urusan perolehan perkakasan / perisian; 8. Memasang / menguji perkakasan, perisian dan rangkaian; 9. Membantu dalam kerja-kerja membangun, mengurus dan mentadbir keberkesanan pengurusan pangkalan data syarikat; 10. Membantu dalam membangun, mengendali, menyelia dan memastikan web server, penyokong Local Area Nerwork (LAN) dan penyokong Wide Area Network (WAN), sambungan internet dan intranet berjalan dengan baik dan lancar; 11. Membantu dalam membangun, mengendali, menyelia dan memastikan operasi server administration, sistem terbuka seperti Linux, Unix OS/2 dan lain-lain berfungsi dengan baik; 12. Menyediakan laporan secara bulanan berkaitan skop kerja Teknologi Maklumat; dan 13. Melaksanakan arahan kerja dari Eksekutif Pentadbiran, Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran & Sumber Manusia dan Pengurusan Tertinggi dari semasa ke semasa. SYARAT DAN KELAYAKAN 1. Warganegara Malaysia; 2. Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat, Sains Komputer atau yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; 3. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya TIGA (3) tahun di dalam bidang berkaitan; 4. Mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sama ada secara lisan dan bertulis; dan 5. Mempunyai kemahiran dalam penilaian kerosakan dan penyelenggaraan komputer, sistem dan server; dan 6. Mempunyai kemahiran dalam mengendalikan perkakas, perisian dan rangkaian komputer. GAJI DAN POTONGAN 1. Purata gaji RM2,000.00 hingga RM2,500.00 sebulan; 2. Potongan KWSP, SOCSO dan EIS. Job Types: Full-time, Contract Contract length: 24 months Pay: RM2,000.00 - RM2,500.00 per month Education: Bachelor's (Preferred) Experience: work: 2 years (Preferred)
Similar Jobs

1d ago

Sales Assistant (IOI City Mall)
All It Hypermarket Sdn Bhd (Ioi City Mall, Putrajaya)
A

Full Time, onsite, onsite

RM 2,400 / month

1d ago

Cashier (IOI City Mall)
All It Hypermarket Sdn Bhd (Ioi City Mall, Putrajaya)
A

Full Time, onsite, onsite

RM 2,400 / month