Epicareer Might not Working Properly
Learn More

PENYELIA TAPAK (SITE SUPERVISOR) / MANJUNG & BESUT

Salary undisclosed

Apply on


Original
Simplified

2 Kekosongan Site Supervisor:

  • Manjung, Perak
  • Besut Terengganu

TANGGUNGJAWAB / TUGASAN KERJA:

  • Mengawasi dan mengatur aktiviti di tapak pembinaan.
  • Memastikan projek berjalan mengikut jadual dan bajet yang ditetapkan.
  • Memantau keselamatan dan kepatuhan dengan peraturan keselamatan dan undang-undang.
  • Mengawal selia kerja di tapak
  • Berkomunikasi dengan pelanggan, kontraktor dan pihak berkepentingan lain.
  • Menyelia pasukan pekerja dan memastikan prestasi dan kualiti kerja yang baik.
  • Mengendalikan laporan harian atau mingguan mengenai kemajuan projek.
  • Menangani isu-isu teknikal atau logistik di tapak.
  • Melakukan pemantauan kualiti dan penilaian risiko di tapak.
  • Menjaga hubungan baik dengan pasukan projek dan pelanggan.
  • Memastikan pematuhan kepada rancangan dan spesifikasi pembinaan.
  • Melapor progress kerja kepada pengurus dan akan merekod peratus %, kuantiti kerja, membuat ukuran sub con dan memberi maklumat kepada pengurus projek.
  • Tugas Tambahan: Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Superior/Pengarah dan Pengurusan dari semasa ke semasa.

KELAYAKAN & PENGALAMAN

  • Memiliki kelayakan Diploma / Ijazah pengkhususan Kejuruteraan Awam dan lain-lain bidang berkaitan yang diiktiraf.
  • Mempunyai pengalaman kerja di dalam bidang berkaitan pembangunan projek / memantau kerja di tapak projek sekurang-kurangnya 1 - 2 tahun. Dan mempunyai pensijilan penyeliaan CIDB adalah satu kelebihan
  • Graduan baru atau peringkat permulaan dengan kelayakan yang berkaitan adalah digalakkan untuk memohon.
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi lisan dan bertulis yang baik.
  • Baik dalam perancangan dan penyeliaan tapak dan projek.
  • Boleh bekerja di bawah tekanan, pelbagai tugas, fleksibiliti, berdikari dengan penyeliaan yang minimum dan dapat menyiapkan tugasan kerja sebelum tarikh yang diberikan.
  • Kemahiran komunikasi yang sangat baik untuk berhubung dengan pelanggan, pihak berkepentingan dan pasukan dalaman.
  • Mempunyai pengangkutan sendiri dan lesen memandu yang sah. (B2, D)
  • Bersedia ke luar kawasan untuk memantau kerja di tapak projek dan bertanggungjawab untuk semua tapak kerja jika diperlukan
  • Mencari calon yang dinamik dan bertenaga.

FAEDAH

  • Pakej gaji dan faedah yang kompetitif.
  • Peluang untuk pembangunan profesional dan kemajuan kerjaya.
  • Persekitaran kerja yang kolaboratif dan memberi sokongan kepada pekerja.
  • Penglibatan dalam projek pembangunan hartanah dan yang menarik dan inovatif.