Epicareer Might not Working Properly
Learn More

SENIOR HR EXECUTIVE

RM 2,500 - RM 2,999 / Per Mon

Apply on

Availability Status

This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.


Original
Simplified
ESTETIKA MEDISPA SDN BHD Estetika adalah spa yang menawarkan perkhidmatan kecantikan di hamper 30 cawangan di semenanjung Malaysia dan sedang berkembang pesat. Kami sedang mencari individu yang berminat untuk membina kerjaya bersama Estika Medispa Senior HR Job Requirements: Mempunyai pengalaman dalam bidang HR sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas. Berpengetahuan dalam Akta Kerja 1955 dan praktis sebagai HR Berkemahiran interpersonal dan komunikasi yang kuat, baik secara bertulis mahupun lisan. Benefits: • Gaji ditawarkan bermula : RM 2,500 – RM 3,000 • Caruman KWSP & Perkeso • Latihan disediakan dan dapat bimbingan terus daripada konsultan HR untuk segala persoalan mengenai pengurusan Team Job Descriptions: Menguruskan keseluruhan fungsi Sumber Manusia iaitu pengambilan pekerja yang berkualiti, penggajian, penilaian prestasi, latihan dan pembangunan kerjaya, perhubungan industri dan pentadbiran pengurusan mengenai pekerja. Melaksana dan menyelaraskan strategi dan inisiatif HR yang sejajar dengan keseluruhan strategi Syarikat Estika. Membentuk budaya positif dalam Syarikat dan menambahbaik undang-undang serta peraturan dalam Buku Panduan Pekerja Syarikat. Menguruskan hal pengambilan dan perancangan tenaga kerja selaras dengan keperluan untuk mencapai strategi syarikat. Menyediakan surat-surat berkenaan dengan pekerja dan memastikan segala surat menyurat mematuhi undang-undang pekerjaan. Berhubung dengan badan berkanun kerajaan untuk keperluan undang-undang dan pentadbiran syarikat. Mengemaskini rekod berkenaan pekerja seperti fail peribadi, pangkalan data peribadi, rekod cuti, laporan kehadiran dari semasa ke semasa Menjalankan sebarang tugas yang diarahkan oleh pihak pengurusan atasan. Hantar resume anda atau sebarang pertanyaan boleh hubungi/whatsapp kami di talian, 019-470 2016 (Cik Amni)