Juruteknik (Mekanikal)
RM 1,500 - RM 1,999 / Per Mon
Apply on
Availability Status
This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.
Original
Simplified
Juruteknik Pemasangan, Membaiki dan Servis Sistem Pelinciran / Alatan Mesin: • Pengetahuan mengenai proses dan kaedah penyelenggaraan, pemasangan dan memperbaiki pelbagai jenis alatan mesin / sistem yang berkaitan. • Melaksanakan tugas penyelenggaraan dan perkhidmatan teknikal termasuk memasang, membaiki, melakukan pengujian dan pentauliahan, pemeriksaan sistem pelinciran automatik atau produk syarikat. • Bekerja mengikut jadual waktu kerja / projek yang dirancangkan dan menguruskan semua pemasangan, pembaikan, penyelenggaraan dan pemeriksaan sistem di tapak kerja di seluruh nagara. • Melaksanakan tugas mengikuti arahan penyelia dan spesifikasi yang ditetapkan. • Memastikan alat / bahan keperluan kerja disediakan dan sentiasa mengikuti manual pemasangan. • Kemahiran mengenal pasti punca masalah teknikal alatan mesin / sistem dan menyelesaikannya dengan tepat. • Mengesyorkan produk / sistem yang sesuai dan penambahbaikan kepada pengguna. • Menulis laporan harian, laporan kerja pemasangan dan sebarang perkhidmatan yang telah dilaksanakan. • Mematuhi semua prosedur dan protokol syarikat. Keperluan Kerja: - Min. SPM / Sijil kemahiran, diploma dalam bidang Mekanikal / Kejuruteraan atau setaraf. - Graduan baru digalakkan untuk memohon. - Pengalaman bekerja dalam bidang mekanikal adalah satu kelebihan. - Keadaan dan kekuatan fizikal yang baik. - Kesediaan untuk bekerja lebih masa. - Mampu menjalankan tugas ke luar kawasan (Outstation).
Similar Jobs