PENOLONG KANAN (QUANTITY SURVEYOR)
RM 2,500 - RM 2,999 / Per Mon
Apply on
Availability Status
This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.
Original
Simplified
LOKASI PENEMPATAN BEKERJA Permodalan Darul Ta'zim Sdn Bhd (PDT) TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 1. Membantu pelaksanaan tugas-tugas Jabatan Pemantauan Projek berjalan dengan lancar sebagaimana arahan Eksekutif; 2. Membantu menjalankan pemantauan pencapaian projek semasa proses bidaan / pra-pembinaan (tender / pre-construction), pembinaan (construction) dan selepas pembinaan siap (post-construction) bagi memastikan pelaksanaan sesebuah projek mengikut tempoh masa kontrak / garis masa dan sasaran yang telah ditetapkan; 3. Membantu menjalankan lawatan tapak mengikut keperluan bagi memeriksa keadaan (termasuklah mengenalpasti isu & masalah) di tapak projek dan menyertai lawatan kerja yang melibatkan pihak pengurusan tertinggi PDT atau Pegawai Kerajaan; 4. Membantu menjalankan sesi engagement, mengadakan dan menyertai mesyuarat bersama rakan kongsi syarikat usahasama & pihak berkepentingan bagi menyelaras perancangan pelaksanaan projek, memantau & menilai prestasi pelaksanaan projek dari semasa ke semasa dan pemakluman sebarang perubahan berkaitan projek; 5. Menyediakan maklumat hasil pemantauan di lawatan tapak / mesyuarat yang disertai melalui laporan / minit mesyuarat bagi pemakluman kepada pihak pengurusan tertinggi PDT; 6. Membantu menyediakan laporan berkaitan projek bagi pelaporan kepada pihak pengurusan tertinggi PDT; 7. Mengemaskini urusan pentadbiran bagi sektor RPM dari semasa ke semasa terutamanya perekodan dokumen, sistem fail dan pangkalan data projek; 8. Membantu menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) Jabatan Pemantauan Projek PDT dan mematuhi SOP mengikut proses dan carta alir yang berkaitan sebagaimana yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan tertinggi PDT; 9. Membantu penyediaan maklumat teknikal bagi cadangan projek baharu atau berpotensi bagi penilaian kebolehlaksanaan sesebuah projek; 10. Membantu menyediakan kertas cadangan dan slaid pembentangan maklumat projek secara kreatif bagi sektor RPM bagi kegunaan mesyuarat khas PDT dan bagi tujuan-tujuan lain yang berkaitan; dan 11. Menyediakan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi Pembantu Pemantauan Projek PDT berdasarkan keterangan tugas yang telah ditetapkan untuk kelulusan Timbalan Presiden RPM; 12. Menyertai latihan, bengkel dan seminar yang bersesuaian dengan skop keterangan tugas terkini dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan jumlah jam latihan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Sumber Manusia; Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Timbalan Presiden RPM dari semasa ke semasa. SYARAT DAN KELAYAKAN 1. Warganegara Malaysia; 2. Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan pengkhususan Kejuruteraan Awam / Mekanikal / Elektrik / Quantity Surveyor lain-lain bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; 3. Mempunyai pengalaman kerja di dalam bidang berkaitan pembangunan projek sekurang-kurangnya DUA (2) tahun; 4. Mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sama ada secara lisan dan bertulis; 5. Mahir menggunakan Microsoft Office 365 dan seumpamanya; dan 6. Berfikiran secara kreatif dan inovatif. GAJI DAN POTONGAN 1. Purata gaji berserta elaun tetap adalah RM2,500.00 hingga RM2,900.00 sebulan; dan 2. Potongan KWSP, SOCSO dan EIS. Job Types: Full-time, Contract Contract length: 24 months Pay: RM2,000.00 - RM2,900.00 per month Benefits: Free parking Maternity leave Opportunities for promotion Schedule: Fixed shift Supplemental pay types: Overtime pay Education: Bachelor's (Preferred) Experience: work: 2 years (Preferred)
Similar Jobs