Apply on
Availability Status
This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.
Original
Simplified
A. RINGKASAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 1. Memastikan tahap kualiti dan perkhidmatan sajian dalam keadaan baik 1.1 Memastikan kualiti produk siap berada pada tahap yang memuaskan dan masakan diberi hiasan (Garnishing) yang terbaik 1.2 Memasak mengikut sepertimana yang dirancang oleh Pengurus Outlet dan Ketua Tukang Masak 1.3 Mengikut jangka masa menyimpan dan suhu untuk semua produk makanan mengikut spesifikasi jenis makanan 2. Mengikut Jadual bertugas dan arahan yang ditetapkan 2.1 Menggunakan peralatan dan perkakas selaras dengan Tatacara Syarikat yang merangkumi spesifikasi suhu, menjanakan peralatan memasak, waktu memasak, tugas membersih, pembersihan berjadual dan pengurusan minyak memasak 2.2 Menggunakan system FIFO dimana stok lama digunakan dahulu dan stok baru digunakan kemudian 2.3 Mengikut spesifikasi dan formulasi masakan 3. Memastikan kebersihan dapur sebelum, semasa dan selepas penyediaan sajian 3.1 Mengikut jadual membersih dan membasmi kawasan penyediaan makanan 3.2 Memastikan peralatan dan perkakasan bersih setiap masa 3.3 Mengikut Piawaian sanitasi yang diluluskan ketika mengendalikan makanan dan pembasmian peralatan dan perkakas 4. Mengekalkan kebersihan diri pada tahap yang memuaskan 4.1 Menjaga penampilan diri sepertimana yang dikhendaki oleh Syarikat 4.2 Memastikan pakaian seragam yang dipakai dalam keadaan bersih dan lengkap 4.3 Tidak memakai barang-barang kemas, jam atau perhiasan di kawasan penyediaan makanan 5. Membantu Pengurus Outlet dan Ketua Tukang Masak 5.1 Memantau tarikh luput semua produk 5.2 Memantau kualiti dan kegunaan bahan mentah dan produk yang telah dimasak. Memaklumkan kepada pengurus apabila kuantiti berkurang 5.3 Menjalankan lain-lain tugas seperti mana yang diarahkan oleh Ketua Tukang masak dan pengurus outlet 5.4 Membantu pengurus outlet dan ketua tukang masak dalam kerja-kerja penyeliaan dan melatih semua kakitangan bahagian dapur
Similar Jobs