PEMBANTU OPERASI (PRAMUSAJI)
RM 1,500 - RM 1,999 / Per Mon
Apply on
Availability Status
This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.
Original
Simplified
JOM SERTAI TEAM KAMI! Gaji: RM 1,500.00 ++ Elaun Syif (RM 300) Elaun Makan (RM 250) Elaun Tol (RM 70) Benefit lain : Suasana dan Persekitaran Kerja yang Menarik Bonus & Kenaikan Gaji KWSP / PERKESO / EIS Cuti Tahunan & Overtime Latihan disediakan Tuntutan Perubatan Lokasi: R&R LEKAS Beranang (Hala Utara) R&R LEKAS Beranang (Hala Selatan) Hari Kerja : Isnin Hingga Ahad Cuti Seminggu Sekali Pada Hari Biasa. Waktu Kerja : SHIFT PAGI : 7.00 Pagi Hingga 3.00 Petang. SHIFT PETANG : 12.00 Tghari Hingga 8.00 Malam. . RINGKASAN SKOP KERJA Membantu melancarkan operasi perniagaan makanan, minuman dan kedai serbaneka dengan kawalan stok barang, membuat pemasaran barangan, membuat penyediaan tempahan pelanggan di R&R LEKAS dan memastikan kawasan perniagaan sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur. . PROMOSI JUALAN Sentiasa meningkatkan prestasi jualan harian dengan menjalankan aktiviti promosi yang telah dirancangkan. Memberi khidmat pelanggan kepada pengguna yang membeli barangan di kedai. Membuat promosi jualan barangan dari semasa ke semasa. . OPERASI Membantu penyelia dalam mengendalikan operasi perniagaan. Memastikan stok barangan jualan sentiasa mencukupi dan dikemaskini dari semasa ke semasa. Membuat tempahan barangan berdasarkan kualiti yang ditetapkan. Menghantar laporan jualan setiap hari selepas operasi kepada pihak pengurusan. Memastikan kebersihan dan kekemasan premis. Memastikan pengawalan stok yang baik. KAUNTER Bertanggungjawab untuk semua jualan tunai dan kredit dalam masa operasi dijalankan. Memastikan penerimaan kad kredit yang betul dan wang tunai yang sah serta berhati-hati terhadap pemalsuan dan langkah-langkah yang perlu diambil. Memastikan semua barangan telah dibayar sebelum dibawa keluar dari kedai. Memastikan kaunter juruwang kemas pada setiap masa. Memastikan semua bil tunai atau slip jualan yang berkaitan disahkan oleh mesin tunai. AM Melaksanakan tugasan lain yang diperlukan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Similar Jobs