Pengawal Keselamatan (House Detective)
Apply on
Availability Status
This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.
Kami sedang mencari calon yang berminat untuk menyertai pasukan Keselamatan (Security) dalaman kami! Jawatan ini terbuka kepada kakitangan yang ingin meneroka peluang baharu serta memastikan keselamatan dan susun atur pusat beli-belah kami sentiasa berada pada tahap terbaik.
Sebagai sebahagian daripada pasukan dalaman, anda akan menikmati stabiliti pekerjaan, manfaat pekerjaan, dan peluang perkembangan kerjaya dalam syarikat kami.
Deskripsi Tugas:
- Menjaga keselamatan keseluruhan bangunan di kawasan premis.
- Membuat rondaan/pemeriksaan di dalam kawasan dan luar bangunan/premis dan membuat catatan rondaan/ pemeriksaan yang dijalankan di dalam buku laporan harian.
- Mengambil tindakan sewajarnya terhadap kejadian jenayah, menceroboh atau melanggar dan melaporkan kepada penyelia / pihak pengurusan.
- Melaporkan kepada penyelia dan menyediakan laporan bertulis mengenai kerosakan, kehilangan peralatan/barangan/harta benda,kebakaran atau apa-apa kejadian yang tidak diingini dan cubaan pencerobohan atau kecurian
- Memastikan semua peralatan/kelengkapan/sistem keselamatan berada dalam keadaan baik, berfungsi dan selamat untuk digunakan.
- Mengambil tindakan awal semasa kecemasan
- Membuat aktiviti “Roll-Call” setiap pertukaran syif.
- Membuat pemerhatian dalam Bilik Kawalan untuk memantau aktiviti keselamatan harian termasuk Operasi, pentadbiran, memastikan sistem penggera dan sistem CCTV berfungsi
- Mandaftar, mengeluarkan dan memeriksa kad pas kepada pelawat dan kontraktor.
- Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh penyelia dari semasa ke semasa
Keperluan Kerja:
- Memiliki kelayakan minimum SPM.
- Sekurang-kurangya 1 tahun pengalaman bekerja dalam bidang pengawalan/ securiti.
- Bersedia bekerja shift/ pada hujung minggu dan cuti umum.
- Mempunyai tubuh badan yang sihat.
- Keupayaan untuk mengendalikan sistem pengawasan/ keselamatan
- Tidak terlibat dengan penagihan dadah/ syabu atau minuman keras
- Displin dan tidak mempunyai rekod jenayah
Manfaat Lain:
- Tempat Letak Kereta Percuma
- Insuran Kesihatan
- Subsidi Makanan
- Bonus kehadiran
Jawatan ini menawarkan peluang pekerjaan yang stabil dan peluang untuk terus berkembang dalam syarikat kami. Kami menggalakkan anda untuk memohon dan menyertai pasukan kami yang dinamik .
Job Type: Full-time
Pay: RM1,500.00 - RM2,500.00 per month
Schedule:
- Rotational shift
Supplemental Pay:
- Attendance bonus
- Overtime pay
- Yearly bonus
Expected Start Date: 12/02/2024