PEMBANTU OPERASI (KHIDMAT PELANGGAN/PEMBANTU DAPUR) LIMBANG
RM 1,500 - RM 1,999 / Per Mon
Apply on
Availability Status
This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.
Original
Simplified
Deskripsi Tugas 1. Sambut Pelanggan dengan Sikap Mesra -Menyambut pelanggan dengan ramah dan mesra serta membantu mereka dalam memilih item menu yang sesuai dengan keinginan mereka. Memberikan cadangan produk atau promosi terkini untuk meningkatkan pengalaman pelanggan. -Mengambil pesanan dengan tepat dan cekap untuk memastikan tiada kesalahan dan pelanggan berpuas hati dengan layanan yang diterima. 2. Menyediakan Bahan-bahan untuk Operasi Harian -Menyediakan dan memastikan bahan-bahan mentah serta peralatan yang diperlukan setiap hari tersedia mengikut keperluan operasi. -Menyusun bahan-bahan secara sistematik dan mengikut prosedur penyediaan standard syarikat. 3. Menjaga Kebersihan Kawasan dan Peralatan Kafe -Memastikan kawasan kafe sentiasa bersih, termasuk meja pelanggan, ruang kaunter, dan ruang dapur. -Menjaga peralatan yang digunakan agar bersih, selamat, dan tersusun, serta memastikan SOP kebersihan dan keselamatan makanan dipatuhi setiap masa. 4. Menjadi Juruwang (Cashier) 5. Membantu Pihak Pemasaran dalam Mempromosikan Produk. 6. Menjalankan Tugas Lain yang Diarahkan oleh Pihak Pengurusan. Kelayakan dan Kemahiran Diperlukan: -Pendidikan: Minimum SPM atau setaraf. -Kemahiran Komunikasi: Berkeyakinan dan mampu berinteraksi dengan pelanggan. -Kemahiran Interpersonal: Ramah dan mampu memberikan layanan mesra pelanggan. -Pengurusan Masa: Mampu mengurus masa dengan baik untuk menyelesaikan pelbagai tugasan. -Pengalaman: Pengalaman dalam khidmat pelanggan atau dapur (F&B) adalah satu kelebihan tetapi tidak diwajibkan. Manfaat: -Gaji basic + OT -Kenaikan pangkat/kenaikan gaji berdasarkan prestasi kerja -Peluang meningkatkan kemahiran
Similar Jobs