Pembantu Tadbir (Jualan)
Apply on
Availability Status
This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.
Pembantu Tadbir (Jualan)
Job Purpose:
Bertanggungjawab memproses pesanan belian (“Purchase Order”) pelanggan serta mengeluarkan, mencetak dan mengedarkan invois kepada pelanggan dan pihak berkepentingan disamping membantu Ketua Unit di dalam memastikan operasi harian jualan beras berjalan lancar.
Responsibilities:
1. Memproses pesanan belian (Purchase Order) dan invois pelanggan
- Memproses pesanan belian (“Purchase Order”) berdasarkan kehendak pelanggan dan kelulusan harga, kuantiti dan lokasi daripada ketua Unit/Ketua jabatan.
- Mengeluarkan, mencetak dan mengedarkan invois jualan kepada pelanggan dan pihak berkepentingan.
- Mengeluarkan, mencetak dan mengedarkan dokumen jualan yang lain seperti caj sewaan gudang (FT), nota kredit (CN) dan nota debit (DN) berdasarkan kelulusan Ketua Unit/ Ketua Jabatan kepada pelanggan dan pihak berkepentingan.
2. Melaksanakan sistem pemfailan dokumen jualan seperti invois jualan, caj sewaan gudang, nota kredit dan nota debit
- Memfailkan dokumen jualan seperti invois jualan, caj sewaan gudang (FT), nota kredit (CN), nota debit (DN) dan dokumen sokongan secara berkala dan tersusun.
- Memfailkan pesanan belian (purchase order) yang telah diproses dan diluluskan bersama dokumen jualan berkaitan.
3. Keperluan perlesenan pelanggan berdasarkan undang-undang dan prosedur BERNAS
- Melakukan pemeriksaan kepada borang pesanan (“Purchase Order”) yang dihantar pelanggan mempunyai lesen yang ditetapkan mengikut prosedur pembelian BERNAS.
- Melakukan pemantauan berkala kepada status lesen pelanggan yang berurusan dengan pembelian beras daripada BERNAS.
- Melaporkan kepada Pembantu Tadbir Kanan (Jualan) mana-mana pelanggan yang mempunyai lesen yang telah tamat tempoh atau tidak sah.
4. Pendaftaran pelanggan baru untuk belian beras BERNAS
- Mengkoordinasi borang permohonan menjadi pelanggan belian beras BERNAS disertakan bersama dokumen sokongan yang lengkap.
- Memastikan borang permohonan menjadi pelanggan belian beras BERNAS yang lengkap telah diluluskan diperingkat dalaman sebelum dihantar ke jabatan yang seterusnya untuk proses kelulusan akhir.
- Menghantar e-mel kepada pelanggan berkaitan status pendaftaran mereka samada diluluskan atau sebaliknya jika diarahkan.
5. Membantu menyediakan dokumen-dokumen jualan dalam jangka masa yang ditetapkan
- Membantu Pembantu Tadbir Kanan (Jualan) untuk menyediakan dokumen-dokumen jualan yang diperlukan oleh pihak berkepentingan atau pihak berkuasa.
6. Siap siaga terhadap arahan semasa dan patuh kepada polisi dan prosedur syarikat
- Bersedia menerima arahan pengurusan dari semasa ke semasa.
Job Requirements:
1. Qualification
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf
2. Functional/Technical Skills & Knowledge
- Boleh mengguankan aplikasi Microsoft Office (Word dan Excel)
- kemahiran mengatur dan memudahcara yang baik
- Jualan dan pemasaran
- Pentaddbiran
3. Years of experience
- Minima 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan
Job Type: Full-time
Pay: RM1,700.00 - RM3,500.00 per month
Education:
- STM/STPM (Preferred)
Experience:
- sales operation/admin sales: 2 years (Preferred)