Penaksir Ar-Rahnu Cawangan Jerteh
Salary undisclosed
Apply on
Availability Status
This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.
Original
Simplified
Bidang Tugas - Mencari peluang perniagaan baharu di sekitar kawasan dan mengekalkan perniagaan sedia ada dengan melaksanakan aktiviti pemasaran dan jualan bagi mencapai sasaran yang ditetapkan. - Menguji setiap barang kemas emas melalui ujian pengesahan mutu marhun menggunakan alatan pengujian. - Memasukkan maklumat pelanggan ke dalam Sistem Ar Rahnu. - Mencetak dan menyemak Surat Akuan Gadaian (SAG) dengan maklumat gadaian adalah tepat dan betul seperti mana pengenalan diri dan kuantiti barang kemas emas yang hendak digadai. - Menyusun, mengatur dan menyerahkan sampul barang kemas kepada Penyelia untuk diperiksa dan disahkan. - Membantu Ketua Cawangan di dalam aktiviti pemasaran dan jualan produk Ar-RahnuKT dan produk KT yang lain dari semasa ke semasa. - Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan dari semasa ke semasa termasuklah tugas-tugas operasi cawangan seperti memproses pengeluaran simpanan, pembiayaan, penerimaan pembiayaan, pentadbiran dan sebagainya apabila diperlukan. Syarat Kelayakan - Calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya Diploma di dalam bidang berkaitan dari IPTA/ IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan. - Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya dua (2) tahun di dalam bidang Ar-Rahnu. - Mahir menggunakan sistem Ar-Rahnu. - Berpengetahuan menggunakan aplikasi Microsoft Office (Word, Excel & PowerPoint). - Mempunyai asas perakaunan. - Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik. - Boleh melaksanakan tugas yang pelbagai (multi-tasking) dan boleh bertugas di bawah pengawasan yang minima. - Berupaya untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti. - Mempunyai sifat kerjasama berpasukan. - Boleh berurusan dengan pihak di semua peringkat.
Similar Jobs