Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Verification Officer / Pegawai Penentusahan

RM 1,800 - RM 2,000 / Per Mon

Apply on

Availability Status

This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.


Original
Simplified

LOKASI: DMSB CAWANGAN SHAH ALAM (layari laman demetrology.com.my)

De Metrology Sdn Bhd (DMSB) merupakan sebuah syarikat yang berkembang pesat dan entiti yang dilesenkan oleh kerajaan untuk melaksanakan penentusahan(verification) alat-alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan. DMSB mempunyai 34 cawangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak hampir di setiap negeri dengan jumlah pekerja melebihi 200 orang secara keseluruhan.

Kelebihan:-

  • Kerja 5 hari (Isnin-Jumaat | 8.30AM-5.30PM)
  • Bayaran Kerja Lebih Masa
  • Cuti Umum ikut kerajaan (Ambil semua cuti)
  • KWSP | PERKESO | EIS
  • Bonus tahunan mengikut prestasi syarikat
  • Kenaikan Gaji tahunan selepas setahun perkhidmatan mengikut prestasi syarikat dan juga pekerja

DESKRIPSI TUGAS:-

1. Menjalankan tugas-tugas penentusahan/penentusahan semula semada di dalam pejabat atau di luar pejabat, lengkapi borang-borang ujian ,mengeluarkan label keselamatan (MEMASTIKAN SEMUA DILEKAT) , pendaftaran alat-alat timbang dan sukat dalam sistem e-data yang telah ditentusahkan dan mengeluarkan sijil (Borang D) dan resit bayaran.

2. Menerima fee kutipan dan merekodkan kedalam buku simpanan selamat dan menguruskan untuk di kreditkan ke dalam Bank.

3. Membantu Pengurus Cawangan dalam memberitahu/memaklumkan pembaik/individu supaya mengemukakan permohonan supaya jadual bulanan dapat di sediakan sebulan sebelum tamat tempoh penentusahan.

4. Membantu Pengurus / Penolong Pengurus dalam memastikan buku daftar pergerakan standard kerja dikemaskini dan pastikan direkodkan setiap keluar/masuk standard kerja yang di bawa keluar atau digunakan oleh pembaik dengan menumpulkan semakan kepada kejituan bilangan standard kerja yang di sediakan untuk kegunaan dari semasa ke semasa supaya tiada berlaku kehilangan atau kerosakkan dan laporkan segala kehilangan/kerosakkan dengan segera.

5. Bertanggungjawab untuk menfailkan semua borang ujian dan menyediakan rekod penentusahan semua alat timbang , alat sukat, timbang atau sukat kepunyaan kerajaan.

6. Menjalankan ujian dan menyediakan laporan pemeriksaan dibawah Kanun Acara Jenayah.

7. Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Syarat-Syarat:

Keutamaan kepada graduan lulusan Diploma dalam bidang Kejuruteraan (Terbuka);

Calon Mempunyai Kenderaan Persendirian (Kereta);

Rajin, berdedikasi dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan;

Bertoleransi dan boleh bekerja dalam kumpulan;

Boleh bekerja lebih masa dan 'require extensive travel' (Jika Perlu).

Job Types: Full-time, Permanent

Pay: RM1,800.00 - RM2,000.00 per month

Benefits:

  • Free parking
  • Professional development

Schedule:

  • Monday to Friday

Supplemental Pay:

  • Overtime pay
Similar Jobs

1d ago

Full Time, onsite, onsite

Salary undisclosed

1d ago

Full Time, onsite, onsite

Salary undisclosed

1d ago

Logistics Officer
Dingtong Precision (Malaysia) Sdn Bhd

Full Time, onsite, onsite

Salary undisclosed