PENOLONG KANAN (BUILDING MAINTENANCE & GENERAL WORK)
RM 2,500 - RM 2,999 / Per Mon
Apply on
Availability Status
This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.
Original
Simplified
LOKASI PENEMPATAN BEKERJA Permodalan Darul Ta'zim Sdn Bhd (PDT) TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Jabatan : Pengurusan Sumber Unit : Penyelenggaraan dan Am 1. Menyelaras dan menyusun tugas dan tanggungjawab pemandu dan despatch. 2. Memastikan segala dokumen syarikat direkod dan difailkan secara sistematik mengikut sistem fail seperti geran kenderaan syarikat, bil-bil utiliti syarikat (air, elektrik, Unifi, telefon) 3. Sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan sistem maklumat, pengurusan fail serta dokumen-dokumen terbuka dan terperingkat, sistem rekod perkhidmatan dan sebagainya. 4. Pengurusan bangunan dan mengoptimumkan pengoperasian fasiliti dengan mudah serta berusaha untuk mengurangkan penjimatan tenaga. 5. Penyelenggaraan bangunan dan keselamatan premis perniagaan termasuk pest control, alatan pejabat, mesin-mesin, TNB, Telekom, Unifi dan server syarikat. 6. Penyenggaraan kenderaan syarikat dan menguruskan permohonan tempahan kenderaan. 7. Menyimpan dan merekod geran kenderaan syarikat. 8. Merekod dan menyimpan ID dan kata laluan termasuk email dan PC semua staff. 9. Menyimpan kunci-kunci premis perniagaan termasuk bangunan yang disewa. 10. Melaksana kerja-kerja pengurusan pejabat yang diarahkan dari semasa ke semasa. 11. Pembaharuan lesen perniagaan syarikat. 12. Penyelenggaraan rumah kedai Taman Delima. 13. Melaksanakan arahan kerja dari Eksekutif Pentadbiran, Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia dan Pengurusan Tertinggi dari semasa ke semasa. SYARAT DAN KELAYAKAN 1. Warganegara Malaysia; 2. Diploma / Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan Pengkhususan Pengurusan Pejabat dan lain-lain bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya; 3. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya DUA (2) tahun di dalam bidang berkaitan; 4. Mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sama ada secara lisan dan bertulis; 5. Berkebolehan dalam menyelenggara bangunan dan menguruskan operasi fasiliti bangunan; 6. Berkemahiran kebolehpercayaan dan ketelusan untuk menjaga kerahsiaan maklumat dan memastikan kepatuhan terhadap etika dan peraturan pejabat; dan 7. Mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer untuk memproses data dan maklumat, dan juga untuk menggunakan aplikasi perkantoran seperti Microsoft Word, Excel, dan PowerPoint. GAJI DAN POTONGAN 1. Purata gaji RM2,000.00 hingga RM2,500.00 sebulan; 2. Potongan KWSP, SOCSO dan EIS. Job Types: Full-time, Contract Contract length: 24 months Pay: RM2,000.00 - RM2,500.00 per month Benefits: Additional leave Free parking Health insurance Maternity leave Opportunities for promotion Parental leave Supplemental pay types: Overtime pay Education: Bachelor's (Preferred) Experience: work: 2 years (Preferred)
Similar Jobs