Epicareer Might not Working Properly
Learn More

PENOLONG PENGARAH KEWANGAN

Salary undisclosed

Apply on

Availability Status

This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.


Original
Simplified

Gaji dan Elaun:

  • Skala Gaji : RM2,820.00
  • Elaun Tetap : Elaun Sara Hidup (RM350.00)
  • : Elaun Perumahan (RM300.00)

  • Elaun Tambahan : Elaun Perjalanan (jika berkenaan)
  • Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
  • Waktu Bekerja : Isnin - Jumaat (8:15 pagi - 5:00 petang) namun perlu bersedia untuk kerja
  • lebih masa sekiranya mendapat arahan daripada pihak atasan

  • Taraf Jawatan : Jawatan tetap tanpa pencen
  • Bilangan Kekosongan : 1
  • Syarat Lantikan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
  • Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM;
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya dua tahun dalam bidang perakaunan atau bidang berkaitan;
  • Mahir dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (komunikasi lisan dan bertulis);
  • Mahir dalam penggunaan sistem perakaunan;
  • Mahir dalam penggunaan sistem teknologi maklumat; dan
  • Mahir dalam menggunakan perisian pengurusan pejabat seperti Microsoft Word, Excel dan Power Point.
  • Deskripsi Tugas:

    Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas pengurusan dan profesional sepenuh masa berhubung dengan urusan-urusan, yang antara lainnya, seperti yang berikut:

    • Membantu Pengarah Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (῝PPSAG”) menyediakan penyata akaun pejabat Lembaga;
    • Membantu PPSAG menguruskan proses pengauditan akaun pejabat Lembaga;
    • Membantu PPSAG menyediakan peruntukan perbelanjaan tahunan pejabat Lembaga;
    • Membantu PPSAG menguruskan Sijil Simpanan Tetap (Fixed Deposits);
    • Membantu PPSAG menyediakan Laporan Kewangan Tahunan pejabat Lembaga;
    • Membantu PPSAG menyediakan analisis kewangan dan pengiraan cukai pendapatan pejabat Lembaga; dan
    • Melaksanakan tugas-tugas lain sebagaimana yang diarahkan oleh PPSAG dari semasa ke semasa.

    Cara Memohon:

    Sekiranya tuan/puan berminat untuk memohon jawatan ini, tuan/puan boleh menghantar resume lengkap berserta salinan sijil akademik dan dokumen yang berkaitan melalui pos, serahan tangan atau e-mel kepada:

    Alamat : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

    Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia

    Unit 22-01, Aras 22, Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat

    No. 33, Jalan Rakyat, 50470 Kuala Lumpur.

    E-mel : seksyen. click for email

    Tarikh Tutup Permohonan:

    Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Disember 2024.

    Catatan:

  • Hanya calon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga yang dijangka akan diadakan pada awal bulan Januari 2025.
  • Jika terdapat apa-apa pertanyaan berkaitan dengan perkara di atas, tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-2260 1368/03-2260 1369.