PEGAWAI LATIHAN (KONTRAK)
Apply on
1. Menyelaras dan kendalikan Program.
2. Memberi syarahan atau membentang kertas kerja.
3. Menyediakan Modul Pengajaran dan Pembelajaran.
4. Membangun kurikulum kursus.
5. Menulis artikel atau kertas kerja.
6. Menjalankan Kajian Kes atau Penyelidikan.
7. Menjalankan khidmat nasihat/konsultasi atau bimbingan.
8. Menjalankan aktiviti promosi program latihan.
9. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan.
Pusat Latihan Koperasi
Institut Koperasi Malaysia (IKM) yang sebelum ini dikenali sebagai Maktab Kerjasama Malaysia dan Maktab Koperasi Malaysia merupakan satu-satunya pusat latihan koperasi di negara ini.
Fungsi IKM ialah:
Menyediakan kursus pengajian koperasi dan bidang-bidang lain yang berkaitan dan menganugerahkan sijil atau diploma yang sesuai;
Menerbitkan atau membantu dalam penerbitan bahan yang berkaitan dengan koperasi atau perkara-perkara yang berkaitan dengannya;
Membuat kaedah sebagaimana yang perlu bagi mengatur dan mengawal bayaran bagi mana-mana kursus pengajian sebagaimana yang difikirkan patut;
Menjalankan penyelidikan atas perkara berkaitan koperasi;
Menyediakan khidmat konsultasi;
Menjalankan kursus, penyelidikan, khidmat nasihat dan perkhidmatan berteraskan ilmu atau bersama-sama secara bergabung secara usaha sama atau selainnya dengan mana-mana institusi pengajian tinggi atau profesional atau mana-mana pertubuhan dalam dan luar negara; dan