PERSONEL MySTEP - JURUTERA SIVIL (KUSKOP)
- Full Time, onsite
- KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
- dan d. Mengelola dan merancang jadual atau takwim teknikal pelaksanaan program/projek/kerja di lapangan dibawah peruntukan persekutuan. Company -, Malaysia
Apply on
Jawatan : Personel MySTEP (Setaraf Ijazah Sarjana Muda)
Bahagian : Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil
Kekosongan : Satu (1) orang
Tempoh Lantikan : 3 Januari hingga 30 Jun 2025
Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO
Gaji : RM2,100.00/Sebulan
Syarat Lantikan
: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sivil yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Kriteria :
a. Berpengalaman dalam bidang pengurusan projek sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
b. Bersedia untuk bertugas lebih masa dan bertugas di luar kawasan; dan
c. Mampu bertugas dengan bimbingan dan kawalan yang minima.
Deskripsi Tugas :
a. Menyediakan rekabentuk atau skop kerja atau spesifikasi yang selamat dan ekonomik, bagi apa jua skop cadangan seperti ; kerja bina baharu, bina semula, senggara dan naiktaraf yang melibatkan peruntukan Persekutuan;
b. Memastikan pelaksanaan projek atau kerja mengikut amalan dan prosidur teknikal yang betul bagi apa jua skop pelaksanaan seperti ; kerja bina baharu, bina semula, senggara serta naiktaraf yang melibatkan peruntukan Persekutuan;
c. Mengesahkan laporan teknikal (Kerosakan/kecacatan/ setara) yang melibatkan infrastruktur kecil peruntukan Persekutuan; dan
d. Mengelola dan merancang jadual atau takwim teknikal pelaksanaan program/projek/kerja di lapangan dibawah peruntukan persekutuan.
Company-