Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Eksekutif Operasi Katering

RM 2,000 - RM 2,499 / Per Mon

Apply on

Availability Status

This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.


Original
Simplified
1. Pengurusan Acara dan Banquet Merancang dan menyelia setiap acara atau majlis yang melibatkan servis makanan, termasuk kenduri, majlis perkahwinan, dan acara korporat. Mengatur jadual kerja dan membahagikan tugas kepada ahli pasukan berdasarkan keperluan acara. Memastikan setiap acara berjalan lancar dengan persiapan yang rapi, mengikut jadual yang ditetapkan, dan mematuhi kualiti yang diharapkan oleh pelanggan. 2. Penyelarasan dan Komunikasi Berkomunikasi dengan pelanggan untuk memahami keperluan mereka serta menjelaskan pakej dan perkhidmatan yang disediakan. Bekerjasama dengan jabatan lain seperti dapur, logistik, dan perkhidmatan pelanggan untuk memastikan semua aspek acara dijalankan dengan baik. Mengurus komunikasi antara pasukan banquet dengan pelanggan pada hari acara untuk memastikan segala kehendak pelanggan dipenuhi. 3. Kualiti dan Keselamatan Makanan Memastikan semua makanan yang disediakan dan dihidangkan menepati standard kebersihan dan keselamatan makanan. Memantau kualiti makanan serta memastikan ia dihidangkan pada suhu dan masa yang betul. 4. Pengurusan Inventori dan Bahan Menyelia penggunaan bahan makanan dan memastikan semua peralatan yang diperlukan mencukupi untuk acara. Mengurus inventori dan stok untuk memastikan keperluan acara dipenuhi serta memantau penyimpanan peralatan selepas digunakan. 5. Latihan dan Pembangunan Pasukan Melatih ahli pasukan banquet mengenai protokol perkhidmatan, etika, dan cara penyediaan serta penghidangan makanan. Menjalankan penilaian prestasi pasukan dan memberi maklum balas untuk peningkatan kualiti kerja. 6. Penyelesaian Masalah Menangani sebarang isu yang timbul semasa acara seperti kekurangan peralatan, masalah makanan, atau keperluan khas pelanggan dengan cepat dan profesional. Mampu membuat keputusan pantas untuk memastikan kepuasan pelanggan tanpa mengorbankan standard syarikat. 7. Laporan dan Analisis Prestasi Menyediakan laporan selepas acara mengenai prestasi, maklum balas pelanggan, serta keperluan untuk peningkatan. Menganalisis maklum balas untuk mengenal pasti peluang peningkatan servis dan prosedur.