Epicareer Might not Working Properly
Learn More

PERSONEL MYSTEP KPDN KEDAH/ CAWANGAN (PJR) - DIPLOMA

RM 1,500 - RM 1,999 / Per Mon

Apply on

Availability Status

This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.


Original
Simplified
Sebelum PJR a) Kemaskini jadual pelaksanaan program (negeri dan ibu pejabat). b) Menyediakan surat pelawaan mengemukakan cadangan sebagai pembekal bagi PJR / PJRB / PJR Premis. c) Berhubung dengan pembekal orang yang bertanggungjawab mengenai kaedah pelaksanaan di dalam premis / luar premis / JRB termasuk di cawangan. d) Menyediakan surat pelantikan pembekal. e) Menyediakan surat pemakluman kepada agensi Kerajaan yang berkaitan. f) Menyediakan dan mengumpulkan bahan promosi untuk dikemukakan kepada Unit Media untuk hebahan. g) Membantu dalam pengemaskinian maklumat prestasi kewangan PJR. Semasa PJR a) Memantau pelaksanaan PJR (termasuk hari bekerja, hari rehat dan hari kelepasan am), memastikan harga jualan berdasarkan kadar subsidi, memberi pelaporan bergambar dan melaporkan sekiranya terdapat isu di lapangan. b) Mengumpul semua pelaporan dari pegawai di lapangan mengikut format yang ditetapkan. c) Pengurusan majlis (sekiranya berkaitan). Selepas PJR a) Mengemaskini pelaporan kepada ibu pejabat (google form, prestasi kewangan). b) Pengumpulan dan semakan dokumentasi berkaitan untuk tujuan pembayaran: - (Berdasarkan Garis Panduan Jualan Rahmah). c) Post-mortem (berdasarkan keperluan). d) Memastikan pemfailan yang kemas dan teratur *Tugasan adalah tertakluk juga kepada perubahan dan arahan dari semasa ke semasa *Penempatan bertugas di Pejabat Alor Setar/ Kubang Pasu/ Sungai Petani/ Kulim/ Baling/ Langkawi