Electrical Technician
Apply on
Availability Status
This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.
SINAR JERNIH SDN BHD
JOB DESCRIPTION
JAWATAN : Juruteknik Elektrikal
JABATAN : Operasi (M&E)
PRINSIP- PRINSIP KETANGGUNGJAWABAN DAN TUGAS UTAMA
1. Menjalankan kerja-kerja senggaraan berjadual samada harian, mingguan, bulanan , tahunan dan sebagainya mengikut jadual yang disediakan terhadap peralatan dan pepasangan elektrik.
2. Mengenalpasti punca-punca masalah kerosakan dan memperbaiki kerosakan pepasangan elektrik mengikut masa yang telah ditetapkan (Response & Rectification Time) dan melaporkan kepada Eksekutif Teknikal.
3. Menyediakan laporan harian tentang keadaan peralatan dan pepasangan elektrik untuk dilaporkan kepada Eksekutif Teknikal.
4. Membantu Ketua anda di dalam membuat, menilai, mengawasi kerja-kerja perolehan, pengujian dan pertauliahan pepasangan alatan baru serta pelupusan alat-alat yang perlu.
5. Bertanggungjawab memelihara, mengemaskini alat ganti, perkakasan (tools) dan barangan hapus guna yang perlu dipesan agar stok bagi alat ganti, barangan hapus guna serta perkakas penyelenggaraan adalah sentiasa mencukupi dan berfungsi dengan baik.
6. Menyelesaikan segala masalah seperti rungutan, permintaan, komen, kritikan dan ketidakpuasan dari pelanggan.
7. Membantu Ketua anda mengemaskinikan semua maklumat peralatan dan aset Fasiliti ke dalam
Sistem Maklumat Sinar Jernih Sdn Bhd dan memastikan semua rekod dan dokumen disimpan dengan baik seperti yang tertera di dalam prosedur-prosedur Syarikat.
8. Membantu dan melibatkan diri di dalam membantu Syarikat dalam melaksanakan sistem ISO.
9. Menghayati, mengamal dan melaksanakan segala peraturan Akta Keselamatan dan Kesihatan serta mana-mana keperluan undang-undang Malaysia semasa berada di kawasan Syarikat dan pelanggan.
10. Anda juga mestilah bersedia untuk melaksanakan tugasan ”Multitasking”, dimana anda diarahkan untuk menjalankan tugas-tugas penyenggaraan yang berkaitan (tidak terhad kepada bidang elektrikal sahaja).
11. Membantu jabatan-jabatan lain sekiranya khidmat diperlukan.
12. Sentiasa mengikut arahan yang diberikan oleh pegawai atasan.
13. Bersedia untuk dipanggil bekerja pada waktu diluar waktu bekerja secara ‘on-call basis’.
Dc/JD/OPEm&e/Sjsb/Oktober2022
Job Type: Full-time
Pay: RM1,900.00 - RM2,200.00 per month
Benefits:
- Maternity leave
- Opportunities for promotion
- Parental leave
Schedule:
- Monday to Friday
Ability to commute/relocate:
- Kempas: Reliably commute or planning to relocate before starting work (Required)