Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Pereka Hiasan Dalaman

Salary undisclosed

Apply on

Availability Status

This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.


Original
Simplified
Objektif Jawatan: Bertanggungjawab untuk menghasilkan reka bentuk hiasan dalaman yang berkualiti tinggi, menjalankan kawalan kualiti semasa pengeluaran, dan memastikan pematuhan terhadap piawai kualiti yang ditetapkan dalam setiap produk perabot. Tugas dan Tanggungjawab Utama: 1. Perekaan Produk Hiasan Dalaman: • Membangunkan konsep reka bentuk baru untuk produk hiasan dalaman seperti perabot, hiasan dinding, dan aksesori dekoratif. • Mentransformasikan idea-idea kreatif kepada lakaran teknikal yang boleh dilaksanakan oleh pasukan pengeluaran. 2. Kawalan Kualiti (QC): • Melaksanakan pemeriksaan kualiti fizikal terhadap produk perabot dari pelbagai bahagian seperti struktur, permukaan, dan penyelesaian. • Mengevaluasi kualiti bahan mentah dan komponen yang digunakan dalam proses pengeluaran. 3. Pengurusan Kualiti (QS): • Menyelenggarakan dan mengaudit sistem kawalan kualiti, termasuk prosedur operasi standard (SOP) dan dokumen kualiti yang berkaitan. • Memastikan penggunaan yang betul dan pematuhan terhadap kaedah pengukuran kualiti. 4. Pembangunan Prototaip: • Membangunkan prototaip produk menggunakan pelbagai bahan dan teknik reka bentuk. • Mengatur ujian dan penilaian prototaip untuk memastikan keupayaan produk dalam mencapai matlamat reka bentuk dan kualiti. 5. Analisis Kualiti: • Menganalisis data kualiti untuk mengenal pasti corak prestasi dan trend. • Menyiasat sebab-sebab ketidakselarasan kualiti dan masalah kualiti yang mungkin timbul semasa pengeluaran. • Melalukan kerja-kerja yang diarah dari semasa-semasa. Kemahiran dan Kelayakan: • Diploma atau ijazah dalam bidang reka bentuk dalaman, kejuruteraan, pengurusan kualiti, atau bidang yang berkaitan. • Pengalaman dalam industri perabotan dan kawalan kualiti adalah satu kelebihan. • Kemahiran analitikal yang baik, kreativiti yang tinggi, kepimpinan yang berkesan, dan keupayaan untuk bekerjasama dalam pasukan. • Pengalaman adalah satu kelebihan, tetapi “fresh graduate” amat dialu-alukan.