JAWATAN KOSONG PEMBANTU PEGAWAI PSIKOLOGI
Salary undisclosed
Apply on
Availability Status
This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.
Original
Simplified
DESKRIPSI PEKERJAAN Kami sedang mencari Pegawai Pembantu Psikologi untuk menyertai pasukan Pusat Pakar Psikologi Az-Zahrah secara penuh. Sebagai Pegawai Pembantu Psikologi, anda akan bekerjasama dengan Pakar Psikologi Klinikal dan jabatan-jabatan lain untuk menyediakan perkhidmatan psikologi kepada pesakit dalam persekitaran klinikal. TANGGUNGJAWAB (A) KLINIKAL 1.1 Memastikan klinik berada dalam keadaan yang bersih, kemas, dan tersusun pada setiap masa untuk mewujudkan suasana yang kondusif bagi klien dan kakitangan. 1.2 Memastikan bilik dan ruang terapi disediakan mengikut piawaian yang telah ditetapkan sebelum sesi terapi dijalankan. 1.3 Memiliki pengetahuan asas tentang teknik kaunseling seperti pendengaran aktif (active listening) dan empati untuk digunakan semasa berinteraksi dengan klien. 1.4 Menghadiri perbincangan klinikal mingguan atau bulanan bersama Pakar Psikologi Klinikal untuk menyemak dan membincangkan kes-kes semasa. 1.5 Menyediakan dokumen yang diperlukan sebelum sesi bermula, termasuk nota SOAP, alat ujian psikologi (jika diperlukan), dan resit pembayaran yang telah disusun di dalam fail. 1.6 Mengemas dan menyimpan alat ujian psikologi dengan selamat di dalam almari berkunci yang terletak di Pejabat Psikologi selepas setiap penggunaan. 1.7 Memastikan salinan dokumen-dokumen yang sering digunakan semasa sesi, seperti nota SOAP, ujian saringan kesihatan mental DASS-21, dan dokumen lain yang relevan, mencukupi dan disimpan dengan baik di dalam almari. (B) PENTADBIRAN 1.8 Mengemaskini dan menyimpan fail klien dengan selamat di kabinet fail yang berkunci. 1.9 Memastikan semua borang dan perjanjian klinikal ditandatangani oleh klien sebelum sesi terapi bermula. 1.10 Merujuk kepada Pakar Psikologi Klinikal untuk mendapatkan keputusan atau pandangan berkenaan sesuatu kes atau situasi. 1.11 Menyediakan dokumen pentadbiran yang diperlukan oleh Pusat Pakar Psikologi Az-Zahrah. 1.12 Mengurus dan memastikan pangkalan data klien sentiasa dikemaskini dalam sistem. 1.13 Membuat permohonan pembelian jika diperlukan oleh Pakar Psikologi Klinikal. 1.14 Menyediakan slaid pembentangan (jika diperlukan) untuk seminar, ceramah, atau bengkel kesihatan mental. 1.15 Memastikan keperluan klinik, seperti alat terapi dan snek terapi, sentiasa mencukupi. (C) PERKHIDMATAN PELANGGAN 1.16 Memberikan salam, ucapan aluan dan melayani klien dengan sopan serta mesra. 1.17 Menghubungi klien bagi pengesahan tarikh dan waktu sesi terapi, sebelum dan selepas sesi dijalankan. 1.18 Menjawab pertanyaan klien melalui pelbagai saluran komunikasi seperti panggilan telefon, WhatsApp, Facebook Messenger, dan lain-lain aplikasi. 1.19 Mengendalikan aduan serta menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh klien dengan profesionalisme. 1.20 Mengendalikan urusan pemulangan bayaran terlebih kepada klien. (D) TUGAS-TUGAS LAIN 1.21 Melaksanakan tugasan tambahan yang diberikan oleh Ketua Psikologi Klinikal dari semasa ke semasa.
Similar Jobs