Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Penolong Eksekutif MySTEP (Bhg. Rundingan Strategik)

  • Full Time, onsite
  • Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri
  • Kuala Lumpur, Malaysia
RM 1,500 - RM 1,999 / Per Mon

Checking job availability...

Original
Simplified
SENARAI TUGAS: 1. mendapatkan maklum balas, menganalisa maklumat dalam membuat keputusan dasar bagi 5 FTA-Cluster (FTAC), iaitu: i. FTAC- Trade in Goods; ii. FTAC- Rules of Origin; iii. FTAC- Investment; iv. FTAC- Services; dan v. FTAC- New and Emerging Issues. 2. menyediakan laporan kajian kemungkinan atau penilaian kos faedah bagi sesebuah FTA sebelum rundingan rasmi bagi FTAC dimulakan. 3. memantau perkembangan ekonomi di negara-negara FTA bagi bab Trade in Goods, Rules of Origin, Investments, Services, News and Emerging Issues (5 FTAC) dengan mendapatkan laporan/input daripada Pejabat-Pejabat MITI Luar Negara serta laporan-laporan yang dikeluarkan oleh institut-institut penyelidikan/ekonomi dan media. 4. mengendalikan kursus / bengkel / latihan berkaitan FTA kepada setiap Kluster. 5. menyelaraskan agenda/aktiviti pelaksanaan berkaitan kluster kementerian dan antara kementerian/agensi bagi memastikan isu-isu pelaksanaan bagi 5 FTAC berkenaan dapat dikendalikan dengan efisyen dan efektif. 6. mengadakan kerjasama dengan pelbagai stakeholders dalam melaksanakan program outreach untuk 5 FTAC berkenaan bagi memastikan manfaat FTA dapat difahami dan diraih sepenuhnya oleh pedagang Malaysia. 7. melaksanakan pengumpulan maklumat bagi 5 FTAC berkenaan yang melibatkan Malaysia serta memberi maklumkbalas bagi isu-isu yang berkaitan dibawah seliaan. 8. memantau, menilai dan mengkaji keberkesanan hasil rundingan 5 FTAC berkenaan termasuk program berkaitan bina upaya dan kerjasama yang dipersetujui dalam FTA di peringkat dua hala dan serantau. 9. mengawasi kemajuan pelaksanaan komitmen bagi 5 FTAC berkenaan oleh lain-lain negara FTA supaya faedah-faedah FTA seperti pengurangan kadar tarif dinikmati oleh komuniti perniagaan Malaysia. Selain itu, memastikan negara-negara yang telah menandatangani FTA berkaitan menghormati perjanjian tersebut. 10. membantu menyelaras pelaksanaan, mesyuarat dan rundingan berkaitan Perjanjian Komprehensif Dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP). 11. membantu menyelaras maklumat dan maklumbalas FTA di bawah MITI termasuk pelaksanaan Mesyuarat Penyelarasan FTA. 12. membantu menyelaras mengemaskini dan menyediakan maklumat website FTA. 13. membantu menyelaras jawapan dan maklumbalas Parlimen bagi perkara berkaitan bidang kuasa BRS. 14. membantu, menyedia maklum balas kepada mana-mana pertanyaan melalui emel, surat atau media lain mengenai implementasi FTA, terutama CPTPP. 15. lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.