Epicareer Might not Working Properly
Learn More

MYSTEP SETARAF IJAZAH (BHG AB)

RM 2,000 - RM 2,499 / Per Mon

Checking job availability...

Original
Simplified
LOGISTIK 1. Membantu menjadi perantara dan focal point bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan Sekretariat ASEAN bagi hal ehwal berkaitan penganjuran Senior Officials Meeting on Transnational Crime (SOMTC) dan ASEAN Ministerial Meeting on Transnational Crime (AMMTC) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan, termasuk jemputan kepada negara-negara anggota ASEAN. 2. Membantu menjadi perantara dan focal point bagi KDN dan Sekretariat Induk Logistik ASEAN (SILA) 2025, Kementerian Luar Negeri (KLN) bagi urusan logistik yang berkaitan, termasuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat logistik di KLN. 3. Membantu menyelaras penyediaan input berkaitan persiapan logistik bagi Pengurusan Tertinggi KDN menghadiri mesyuarat-mesyuarat berkaitan Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025. 4. Membantu tugas Sekretariat Jawatankuasa Induk Logistik Mesyuarat KDN bagi ASEAN 2025, termasuk menyelaras persediaan logistik KDN serta menganjurkan mesyuarat-mesyuarat persediaan logistik KDN secara berkala. 5. Membantu memuktamadkan penubuhan Jawatankuasa Induk Logistik Mesyuarat KDN bagi ASEAN 2025, Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil serta senarai tugas / terma rujukan Jawatankuasa Induk dan kecil. 6. Membantu menyelaras penyediaan dan pembentangan pelaporan kemajuan persediaan logistik kepada Pengurusan Tertinggi KDN, termasuk di Mesyuarat Pasca-Kabinet (MPK) dan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT). 7. Membantu menyelaras penyediaan dan pelaksanaan aktiviti hebahan, publisiti dan pelan komunikasi bagi SOMTC, AMMTC dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan. 8. Menjalankan tugas-tugas lain berkaitan Mesyuarat KDN bagi ASEAN 2025, sepertimana yang diarahkan dari semasa ke semasa. SUBSTANTIF 1. Membantu merangka dokumen kerja, dokumen hasil perbincangan dan dokumen untuk diperaku di peringkat ASEAN, antara ASEAN dan rakan-rakan dialog (Jepun, Republik Korea dan China) serta ASEAN dan rakan-rakan konsultansi (Australia, New Zealand, Russia dan lain-lain) berkenaan jenayah rentas sempadan. 2. Membantu menyediakan maklumbalas dan laporan negara bagi SOMTC dan AMMTC dengan pihak Kementerian Luar Negeri, Sekretariat ASEAN dan focal point di negara-negara ASEAN lain di dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan jenayah rentas sempadan. 3. Membantu menyediakan maklumat, menganalisis statistik dan menyediakan justifikasi mengenai kesesuaian dan kepentingan malaysia untuk menandatangani, meratifikasi, dan kesertaan kepada Konvensyen, Protokol dan Deklarasi di peringkat ASEAN. 4. Membantu melaksanakan keputusan / tindakan yang telah dibuat / dipersetujui di dalam mesyuarat kumpulan kerja / persidangan / seminar / bengkel yang diadakan di peringkat ASEAN. 5. Membantu mengurus, menyelaras dan seterusnya menyertai rundingan bagi memuktamadkan MoU/perjanjian di peringkat ASEAN, antara ASEAN dan rakanrakan dialog (Jepun, Republik Korea dan China) serta ASEAN dan rakan-rakan konsutlansi (Australia, New Zealand, Russia dan lain-lain) berkenaan jenayah rentas sempadan. 6. Membantu melaksanakan lawatan / kunjungan hormat daripada negara luar atau pertubuhan antarabangsa ke Malaysia. 7. Membantu menyediakan keperluan lawatan kerja anggota pentadbiran dan pengurusan ke luar negara. 8. Membantu menyediakan nota-nota percakapan, ikhtisar, celahan (intervention), kenyataan negara dan laporan negara dengan menyelaras input dan maklumat berkaitan untuk kegunaan Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian / Jabatan / Agensi Luar.
Similar Jobs