Electrical Technician
RM 1,500 - RM 1,999 / Per Mon
Checking job availability...
Original
Simplified
1. Pemeriksaan dan Penyelenggaraan Rutin (PPM): • Melaksanakan pemeriksaan berkala ke atas sistem elektrik seperti panel suis, pendawaian, alat pengagihan kuasa, dan peralatan elektrik lain. • Menjalankan penyelenggaraan rutin untuk mencegah kerosakan dan memastikan semua komponen elektrik berfungsi dengan baik. 2. Pembaikan Sistem Elektrik: • Mengurus dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan apabila terdapat kerosakan atau gangguan dalam sistem elektrik. • Menggantikan komponen yang rosak atau usang untuk memastikan kelangsungan bekalan elektrik. 3. Pengoperasian Sistem Elektrik: • Mematau dan mengawal sistem elektrik untuk memastikan bekalan elektrik berterusan dan stabil. • Memastikan penggunaan tenaga yang cekap dan mengelakkan pembaziran tenaga elektrik 4. Pengurusan Sistem Pencahayaan: • Memeriksa dan menyelenggara sistem pencahayaan untuk memastikan pencahayaan yang mencukupi dan cekap di seluruh bangunan. • Menggantikan mentol dan lampu yang rosak dengan segera. 5. Keselamatan dan Kecemasan: • Melaksanakan prosedur keselamatan untuk mengurangkan risiko kejutan elektrik, kebakaran, dan kemalangan lain yang berkaitan dengan elektrik. • Memastikan semua peralatan keselamatan elektrik seperti pemutus litar dan alat perlindungan arus lebih berfungsi dengan baik. • Mengendalikan situasi kecemasan dan melakukan pembaikan segera untuk mengurangkan gangguan. • Senantiasa “Utamakan Keselamatan” ketika berada di tempat kerja. 6. Pengurusan Inventori dan Alat Ganti: • Menyimpan rekod dan mengurus inventori alat ganti serta bahan-bahan penyelenggaraan. • Menyimpan rekod terperinci mengenai pemeriksaan, penyelenggaraan, dan pembaikan yang telah dijalankan. • Bertanggungjawab terhadap semua peralatan dan asset syarikat. 5) Aduan Pelanggan: • Menyelesaikan sebarang aduan dan masalah dari pelanggan. • Berusaha menyelesaikan segala masalah, rungutan, permintaan, komen dan kritikan dari pelanggan serta arahan dari Penyelia/ Jurutera/ FM. 6) Rekod dan Dokumentasi: • Menyimpan rekod terperinci mengenai pemeriksaan, penyelenggaraan, dan pembaikan yang telah dijalankan ke atas sistem elektrik. 6) Lain-lain: • Sentiasa mematuhi peraturan dan disiplin yang ditetapkan. • Memastikan implimentasi prosedur dan polisi yang ditetapkan syarikat. • Melibatkan diri dalam taklimat ringkas, shoptalk, latihan dan bimbingan tentang tatacara kerja dan aspek-aspek keselamatan yang disampaikan oleh Pegawai Kesihatan dan keselamatan/Jurutera/ FM. • Membina perhubungan baik antara rakan sekerja , pihak atasan serta pelanggan selaras dengan skop operasi syarikat • Membantu dan melibatkan diri di dalam Sistem Pengurusan Berkualiti, Pengurusan Kualiti Keseluruhan dan mencapai kualiti ISO. • Membantu bahagian lain sekiranya khidmat diperlukan demi kelancaran operasi projek.
Similar Jobs