PERSONEL MYSTEP SETARAF IJAZAH (BAHAGIAN ISTIADAT KERAIAN)
RM 2,000 - RM 2,499 / Per Mon
Checking job availability...
Original
Simplified
IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) TAHUN 2025 DI BAHAGIAN ISTIADAT DAN KERAIAN, KEMENTERIAN LUAR NEGERI Bahagian Istiadat dan Keraian, Kementerian Luar Negeri mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP seperti berikut: JAWATAN : PERSONEL MYSTEP SETARAF KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA ATAU SETARAF DENGANNYA. GAJI : RM 2,100.00 / SEBULAN (SETARAF KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA) TEMPOH : FEBRUARI HINGGA DISEMBER 2025 (Kontrak Tahun 2026 akan disambung berdasarkan Prestasi Dan Kelulusan daripada Kementerian Kewangan). KEKOSONGAN : SATU (1) KEKOSONGAN TEMPAT BERTUGAS : Bahagian Istiadat dan Keraian, Kementerian Luar Negeri, No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62100 W.P. PUTRAJAYA KEMUDAHAN : Cuti rehat, Cuti sakit, Caruman KWSP dan caruman PERKESO SYARAT KELAYAKAN: 1. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 2. Memiliki kelulusan Diploma/ Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. KRITERIA TAMBAHAN: 1. Mempunyai kemahiran computer MS Word, MS Excel dan MS Power Point; 2. Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan; 3. Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum; 4. Mempunyai minat untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri; dan 5. Bertanggungjawab dan berdisiplin. DESKRIPSI TUGAS: Personel MySTEP di Bahagian Istiadat dan Keraian bertanggungjawab melaksanakan senarai tugas seperti berikut: 1. Menyelaraskan permohonan logistik bagi lawatan-lawatan sedia ada sebagai persediaan untuk Jawatankuasa Kecil Logistik (Protokol) sempena Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada Tahun 2025; 2. Menyelaraskan kerja-kerja persediaan bagi tiga (3) aktiviti utama sempena Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada Tahun 2025 yang dijangka akan berlangsung pada awal tahun 2025; 3. Menyelaraskan penyertaan Perwakilan-perwakilan asing di Malaysia dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Istana Negara dan agensi kerajaan; dan 4. Membantu dalam tugasan-tugasan harian yang lain di Jabatan Protokol seperti penyediaan buku-buku program lawatan, membantu dalam menyambut/ mengiring Ketua-ketua Perwakilan asing dalam majlis-majlis rasmi di Istana Negara, Pejabat Perdana Menteri dan lokasi-lokasi lain dan sebagainya. TATACARA PERMOHONAN: 1. Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan melalui portal MyFuture Jobs selewat-lewatnya sebelum atau pada 31 Januari 2024 (Jumaat); 2. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk proses temuduga dan seterusnya pelantikan bagi calon yang berjaya. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas sebulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. 3. Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tawaran ini, tuan/puan boleh berhubung dengan pihak urus setia di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Luar Negeri di talian 03-88874255 atau melalui emel [email protected].
Similar Jobs