PERSONEL MYSTEP SETARAF IJAZAH (JABATAN HUBUNGAN DUA HALA)
RM 2,000 - RM 2,499 / Per Mon
Checking job availability...
Original
Simplified
IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) TAHUN 2025 DI JABATAN HUBUNGAN DUA HALA, KEMENTERIAN LUAR NEGERI Jabatan Hubungan Dua Hala, Kementerian Luar Negeri mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP seperti berikut: JAWATAN : PERSONEL MYSTEP SETARAF KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA ATAU SETARAF DENGANNYA. GAJI : RM 2,100.00 / SEBULAN (SETARAF KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA) TEMPOH : FEBRUARI HINGGA DISEMBER 2025 (Kontrak Tahun 2026 akan disambung berdasarkan Prestasi Dan Kelulusan daripada Kementerian Kewangan). KEKOSONGAN : TIGA (3) KEKOSONGAN TEMPAT BERTUGAS : Jabatan Hubungan Dua Hala, Kementerian Luar Negeri, No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62100 W.P. PUTRAJAYA KEMUDAHAN : Cuti rehat, Cuti sakit, Caruman KWSP dan caruman PERKESO SYARAT KELAYAKAN: 1. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 2. Memiliki kelulusan Diploma/ Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. KRITERIA TAMBAHAN: 1. Mempunyai kemahiran computer MS Word, MS Excel dan MS Power Point; 2. Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan; 3. Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum; 4. Mempunyai minat untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri; dan 5. Bertanggungjawab dan berdisiplin. DESKRIPSI TUGAS: Personel MySTEP di Jabatan Hubungan Dua Hala bertanggungjawab melaksanakan senarai tugas seperti berikut: 1. Membantu persediaan lawatan kerja ke mesyuarat di dalam negeri dan di luar negara bagi pegawai-pegawai di Bahagian Amerika, Eropah, Afrika, CLMV dan Ocenia, Asia Tenggara, Asia Barat, Asia Timur, Asia Selatan dan Asia Tengah bagi memastikan urusan operasi harian berjalan lancar; 2. Membantu menyediakan Nota Ikhtisar dan Percakapan, Pre-Council Notes, Teks Ucapan, Nota Jemaah Menteri dan Memorandum Jemaah Menteri bagi Bahagian Amerika, Eropah, Afrika, CLMV dan Ocenia, Asia Tenggara, Asia Barat, Asia Timur, Asia Selatan dan Asia Tengah; 3. Membantu menyelaras mesyuarat-mesyuarat Peringkat Tertinggi Dua Hala, Suruhanjaya Bersama, peringkat Menteri Luar Negeri dan Peringkat Pegawai Kanan bagi Bahagian Amerika, Eropah, Afrika, CLMV dan Ocenia, Asia Tenggara, Asia Barat, Asia Timur, Asia Selatan dan Asia Tengah; 4. Memantau dan melaporkan kesemua aspek perkembangan politik, ekonomi dan keselamatan negara-negara yang berada di Bahagian Amerika, Eropah, Afrika, CLMV dan Ocenia, Asia Tenggara, Asia Barat, Asia Timur, Asia Selatan dan Asia Tengah; 5. Membantu menyediakan Teks Ucapan/ Perutusan daripada SPB Agong, YAB PM dan YB Menteri Luar Negeri kepada Ketua Negara/ Kerajaan dan Menteri Luar; 6. Membantu menyelaras pelantikan Duta Besar asing; 7. Membantu menyelaras pelantikan Atase Polis/ Pertahanan di Kedutaan Besar; 8. Membantu menyediakan jawapan terhadap pertanyaan parlimen (Dewan Negara/ Dewan Rakyat); 9. Membantu menyediakan kenyataan akhbar; 10. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan Jabatan Hubungan Dua Hala untuk pejabat TKSU 1 dan lapan (8) Bahagian yang di bawah seliannya berdasarkan kedudukan penjawatan serta pengisian jawatan tersebut bagi memastikan perancangan serta kawalan perbelanjaan teratur dan terancang; 11. Menguruskan dalam penganjuran majlis-majlis rasmi kerajaan di dalam negeri termasuk keperluan logistik, tempahan hotel, katering dan lain-lain keperluan berdasarkan peruntukan yang tersedia bagi memastikan kelancaran operasi harian Jabatan Hubungan Dua Hala; 12. Membantu dalam pengurusan majlis/ program rasmi Jabatan Hubungan Dua Hala berdasarkan peruntukan sedia ada bagi memastikan program/ majlis berjalan lancar; dan 13. Menguruskan kerja-kerja pentadbiran, kewangan, pengurusan aset dan inventori, dan juga tugasan lain pejabat bagi memastikan kelancaran operasi Jabatan Hubungan Dua Hala. TATACARA PERMOHONAN: 1. Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan melalui portal MyFuture Jobs selewat-lewatnya sebelum atau pada 31 Januari 2024 (Jumaat); 2. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk proses temuduga dan seterusnya pelantikan bagi calon yang berjaya. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas sebulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. 3. Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tawaran ini, tuan/puan boleh berhubung dengan pihak urus setia di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Luar Negeri di talian 03-88874255 atau melalui emel [email protected].
Similar Jobs