PERSONEL MYSTEP SETARAF IJAZAH (SILA 2025)
RM 2,000 - RM 2,499 / Per Mon
Checking job availability...
Original
Simplified
IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) TAHUN 2025 DI SEKRETARIAT INDUK LOGISTIK ASEAN (SILA) 2025 Sekretariat Induk Logistik ASEAN (SILA) 2025, Kementerian Luar Negeri mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP seperti berikut: JAWATAN : PERSONEL MYSTEP SETARAF KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA ATAU SETARAF DENGANNYA. GAJI : RM 2,100.00 / SEBULAN (SETARAF KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA) TEMPOH : FEBRUARI HINGGA DISEMBER 2025 (Kontrak Tahun 2026 akan disambung berdasarkan Prestasi Dan Kelulusan daripada Kementerian Kewangan). KEKOSONGAN : SATU (1) KEKOSONGAN TEMPAT BERTUGAS : Sekretariat Induk Logistik ASEAN (SILA) 2025, Kementerian Luar Negeri, No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62100 W.P. PUTRAJAYA KEMUDAHAN : Cuti rehat, Cuti sakit, Caruman KWSP dan caruman PERKESO SYARAT KELAYAKAN: 1. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 2. Memiliki kelulusan Diploma/ Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. KRITERIA TAMBAHAN: 1. Mempunyai kemahiran computer MS Word, MS Excel dan MS Power Point; 2. Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan; 3. Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum; 4. Mempunyai minat untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri; dan 5. Bertanggungjawab dan berdisiplin. DESKRIPSI TUGAS: Personel MySTEP di Sekretariat Induk Logistik ASEAN (SILA) 2025 bertanggungjawab melaksanakan senarai tugas seperti berikut: 1. Membantu dalam kerja-kerja penyusunan maklumat dan kerja-kerja semasa acara/program; 2. Membantu dalam penyediaan bahan-bahan yang berkaitan dengan urusan dokumen-dokumen seperti surat/memo, minit ceraian/mesyuarat, minit bebas, emel dan lain-lain. 3. Membantu mengurusetiakan mesyuarat yang berkaitan dengan persiapan logistik untuk Kepengerusian ASEAN 2025; 4. Membantu dalam menyediakan laporan berkaitan persiapan logistik untuk Kepengerusian ASEAN 2025; dan 5. Membantu dalam tugas-tugas lain seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa. TATACARA PERMOHONAN: 1. Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan melalui portal MyFuture Jobs selewat-lewatnya sebelum atau pada 31 Januari 2024 (Jumaat); 2. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk proses temuduga dan seterusnya pelantikan bagi calon yang berjaya. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas sebulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. 3. Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tawaran ini, tuan/puan boleh berhubung dengan pihak urus setia di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Luar Negeri di talian 03-88874255 atau melalui emel [email protected].
Similar Jobs