PERSONEL MYSTEP SETARAF IJAZAH (MEED)
RM 2,000 - RM 2,499 / Per Mon
Checking job availability...
Original
Simplified
IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) TAHUN 2025 DI BAHAGIAN EKONOMI DAN PELBAGAI HALA, KEMENTERIAN LUAR NEGERI Bahagian Ekonomi dan Pelbagai Hala, Kementerian Luar Negeri mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP seperti berikut: JAWATAN : PERSONEL MYSTEP SETARAF KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA ATAU SETARAF DENGANNYA. GAJI : RM 2,100.00 / SEBULAN (SETARAF KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA) TEMPOH : FEBRUARI HINGGA DISEMBER 2025 (Kontrak Tahun 2026 akan disambung berdasarkan Prestasi Dan Kelulusan daripada Kementerian Kewangan). KEKOSONGAN : SATU (1) KEKOSONGAN TEMPAT BERTUGAS : Bahagian Ekonomi dan Pelbagai Hala, Kementerian Luar Negeri, No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62100 W.P. PUTRAJAYA KEMUDAHAN : Cuti rehat, Cuti sakit, Caruman KWSP dan caruman PERKESO SYARAT KELAYAKAN: 1. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 2. Memiliki kelulusan Diploma/ Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. KRITERIA TAMBAHAN: 1. Mempunyai kemahiran computer MS Word, MS Excel dan MS Power Point; 2. Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan; 3. Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum; 4. Mempunyai minat untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri; dan 5. Bertanggungjawab dan berdisiplin. DESKRIPSI TUGAS: Personel MySTEP di Bahagian Ekonomi dan Pelbagai Hala bertanggungjawab melaksanakan senarai tugas seperti berikut: 1. Membantu dalam usaha-usaha mempertahankan dasar negara di peringkat antarabangsa berhubung isu-isu ekonomi serantau dan antarabangsa / alam sekitar yang berkaitan bagi memastikan kepentingan negara terus terpelihara. 2. Membantu Kementerian/ Agensi melaksanakan mandat yang diterima pakai oleh Ketua-Ketua Kerajaan menerusi resolusi bagi memastikan Malaysia terus memainkan peranan yang aktif di badan-badan antarabangsa berkaitan ekonomi pelbagai hala dan alam sekitar. 3. Membantu memantau, menyelaras dan mengawasi perkembangan isu-isu berkaitan ekonomi dan alam sekitar serta berkaitan seperti sains dan teknologi, pengangkutan, perlindungan harta intelek dan sebagainya, yang dibincangkan di badan-badan antarabangsa berkaitan ekonomi pelbagai hala dan alam sekitar bagi memastikan kepentingan negara terus dipelihara. 4. Membantu persiapan delegasi Malaysia ke Mesyuarat atau Persidangan berkaitan ekonomi pelbagai hala dan alam sekitar bagi memastikan kehadiran delegasi negara berjalan dengan lancar. 5. Membantu dalam menganalisa, memberi cadangan serta membantu dalam usaha-usaha melobi bagi pencalonan Malaysia ke badan-badan antarabangsa berkaitan ekonomi pelbagai hala dan alam sekitar. 6. Menghadiri mesyuarat-mesyuarat antara agensi bagi menangani isu-isu yang berkaitan dan bagi menyelaras pendirian Malaysia sebagai persediaan untuk menghadiri mesyuarat/ persidangan/ forum antarbangsa. TATACARA PERMOHONAN: 1. Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan melalui portal MyFuture Jobs selewat-lewatnya sebelum atau pada 31 Januari 2024 (Jumaat); 2. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk proses temuduga dan seterusnya pelantikan bagi calon yang berjaya. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas sebulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. 3. Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tawaran ini, tuan/puan boleh berhubung dengan pihak urus setia di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Luar Negeri di talian 03-88874255 atau melalui emel [email protected].
Similar Jobs