Epicareer Might not Working Properly
Learn More

PERSONEL MYSTEP SETARAF DIPLOMA/ IJAZAH (BICT)

RM 2,000 - RM 2,499 / Per Mon

Checking job availability...

Original
Simplified
IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) TAHUN 2025 DI BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kementerian Luar Negeri mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP seperti berikut: JAWATAN : PERSONEL MYSTEP SETARAF KELAYAKAN DIPLOMA/ IJAZAH SARJANA MUDA ATAU SETARAF DENGANNYA. GAJI : RM 2,100.00 / SEBULAN (SETARAF KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA) RM 1,900.00 / SEBULAN (SETARAF KELAYAKAN DIPLOMA/ STPM) TEMPOH : FEBRUARI HINGGA DISEMBER 2025 (Kontrak Tahun 2026 akan disambung berdasarkan Prestasi Dan Kelulusan daripada Kementerian Kewangan). KEKOSONGAN : SATU (1) KEKOSONGAN TEMPAT BERTUGAS : Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kementerian Luar Negeri, No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 62100 W.P. PUTRAJAYA KEMUDAHAN : Cuti rehat, Cuti sakit, Caruman KWSP dan caruman PERKESO SYARAT KELAYAKAN: 1. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 2. Memiliki kelulusan Diploma/ Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. KRITERIA TAMBAHAN: 1. Mempunyai kemahiran computer MS Word, MS Excel dan MS Power Point; 2. Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan; 3. Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum; 4. Mempunyai minat untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri; dan 5. Bertanggungjawab dan berdisiplin. DESKRIPSI TUGAS: Personel MySTEP di Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi bertanggungjawab melaksanakan senarai tugas seperti berikut: 1. Membantu membuat lantikan Jawatankuasa Pasukan Kerja ISMS, Jawatankuasa Pemandu Projek ISMS, Pasukan Juruaudit Dalam ISMS dan senarai lantikan pegawai (IDFR dan Wisma Putra) bagi pengendalian media backup tape milik Kementerian Luar Negeri (Wisa Putra) yang disimpan di IDFR; 2. Membantu menyelaras pengemaskinian maklumat di dokumen manual dan sistem/ aplikasi ISMS jika terdapat pindaan; 3. Membantu melaksanakan Program Kesedaran ISMS; 4. Membantu menyelaras pelaksanaan dan keurusetiaan Jawatankuasa Pasukan Kerja dan Jawatankuasa Pemandu Projek ISMS; 5. Membantu menyelaras pelaksanaan dan keurusetiaan Audit Dalam ISMS; 6. Membantu menyelaras pelaksanaan dan keurusetiaan Audit SIRIM; 7. Membantu menyelaras pelaksanaan dan keurusetiaan aktiviti pengujian / simulasi Disaster Recovery Center (DRC) dan Call Tree; 8. Membantu melaksanakan aktiviti Ujian Penilaian Tahap Keselamatan (Security Posture Assessment (SPA) / pentest); 9. Membantu menyelaras pelaksanaan dan keurusetiaan mesyuarat keselamatan; 10. Menyediaakan laporan gangguan perkhidmatan ICT bagi Mesyuarat JTI dan Mesyuarat JPICT; 11. Membantu menyemak dan memantau pelaksanaan projek mengikut Pelan Pengurusan Maklumat (ISMP); 12. Mengendalikan insiden keselamatan ICT (CERT/CSIRT); 13. Membantu memantau keselamatan melalui Web Application Firewall (WAF); dan 14. Membantu melaksanakan program pematuhan dan kesedaran ICT berkaitan keselamatan. TATACARA PERMOHONAN: 1. Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan melalui portal MyFuture Jobs selewat-lewatnya sebelum atau pada 31 Januari 2024 (Jumaat); 2. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk proses temuduga dan seterusnya pelantikan bagi calon yang berjaya. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas sebulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. 3. Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tawaran ini, tuan/puan boleh berhubung dengan pihak urus setia di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Luar Negeri di talian 03-88874255 atau melalui emel [email protected].
Similar Jobs

1d ago

Part timer @ Summit, USJ
Watson's Personal Care Stores Sdn Bhd

Part Time, onsite, onsite

Salary undisclosed

1d ago

ICT TECHNICIAN
Zuba Resources Sdn Bhd
Z

Full Time, onsite, onsite

RM 3,000 / Per Mon

1d ago

Barge Master
Elsa Talent Solutions Sdn. Bhd.
E

Full Time, onsite, onsite

Salary undisclosed

1d ago

Personal Assistant
VCG - Vivahomes Cheras Group

Full Time, onsite, onsite

RM 5,000 / Per Mon