PERSONEL MYSTEP SETARAF DIPLOMA/ IJAZAH (BAHAGIAN KONSULAR)
Salary undisclosed
Checking job availability...
Original
Simplified
IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) TAHUN 2025 DI BAHAGIAN KONSULAR, KEMENTERIAN LUAR NEGERI Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP seperti berikut: JAWATAN : PERSONEL MYSTEP SETARAF KELAYAKAN DIPLOMA/ IJAZAH SARJANA MUDA ATAU SETARAF DENGANNYA. GAJI : RM 2,100.00 / SEBULAN (SETARAF KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA) RM 1,900.00 / SEBULAN (SETARAF DIPLOMA/ STPM) TEMPOH : FEBRUARI HINGGA DISEMBER 2025 (Kontrak Tahun 2026 akan disambung berdasarkan Prestasi Dan Kelulusan daripada Kementerian Kewangan). KEKOSONGAN : DUA (2) KEKOSONGAN TEMPAT BERTUGAS : Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri, No.1 Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62100 W.P. PUTRAJAYA KEMUDAHAN : Cuti rehat, Cuti sakit, Caruman KWSP dan caruman PERKESO SYARAT KELAYAKAN: 1. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 2. Memiliki kelulusan Diploma/ Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. KRITERIA TAMBAHAN: 1. Mempunyai kemahiran computer MS Word, MS Excel dan MS Power Point; 2. Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan; 3. Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum; 4. Mempunyai minat untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri; dan 5. Bertanggungjawab dan berdisiplin. DESKRIPSI TUGAS: Personel MySTEP di Bahagian Konsular bertanggungjawab melaksanakan senarai tugas seperti berikut: i. Menerima aduan daripada pelanggan/Malawakil berkenaan kes-kes yang berkaitan Konsular melalui kaunter/emel/panggilan telefon. Rangkuman tugasan Konsular yang berkaitan adalah seperti berikut; a) Kematian rakyat Malaysia di luar negara; b) Kehilangan rakyat Malaysia di luar negara; c) Penahanan rakyat Malaysia di luar negara; d) Rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara; e) Rakyat Malaysia yang sakit di luar negara; f) Urusan deposit wang kepada rakyat Malaysia di luar negara; g) Insiden/ bencana melibatkan rakyat Malaysia di luar negara; h) Kes-kes domestik melibatkan rakyat Malaysia di luar negara; dan i) Permohonan lawatan konsular daripada Perwakilan Malaysia di luar negara. ii. Memantau perkembangan kes yang melibatkan rakyat Malaysia di luar negara melalui platform digital termasuk media sosial dan berita tempatan/ antarabangsa. iii. Mengesan waris bagi melaporkan kes konsular kepada ahli keluarga. iv. Pengesahan identiti warganegara Malaysia di luar negara yang terlibat dalam kes kematian, penahanan, terkandas dan lain-lain kes yang berkaitan. v. Penyelarasan urusan remittance (deposit wang melalui Perwakilan Malaysia di luar negara) yang dikirimkan oleh waris untuk disampaikan kepada tahanan/ rakyat Malaysia di luar negara bagi kes-kes yang berkaitan. TATACARA PERMOHONAN: 1. Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan melalui portal MyFuture Jobs selewat-lewatnya sebelum atau pada 31 Januari 2024 (Jumaat); 2. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk proses temuduga dan seterusnya pelantikan bagi calon yang berjaya. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas sebulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. 3. Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tawaran ini, tuan/puan boleh berhubung dengan pihak urus setia di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Luar Negeri di talian 03-88874255 atau melalui emel [email protected].
Similar Jobs