Epicareer Might not Working Properly
Learn More

PENOLONG KANAN (QUANTITY SURVEYOR)

RM 2,000 - RM 2,900 / Per Mon

Checking job availability...

Original
Simplified

LOKASI PENEMPATAN BEKERJA

Permodalan Darul Ta'zim Sdn Bhd (PDT)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Membantu pelaksanaan tugas-tugas Jabatan Pembangunan Projek berjalan dengan lancar sebagaimana arahan Eksekutif Kanan;

2. Membantu menjalankan pemantauan pencapaian projek semasa proses bidaan / pra-pembinaan (tender / pre-construction), pembinaan (construction) dan selepas pembinaan siap (post-construction) bagi memastikan pelaksanaan sesebuah projek mengikut tempoh masa kontrak / garis masa dan sasaran yang telah ditetapkan;

3. Membantu menjalankan lawatan tapak mengikut keperluan bagi memeriksa keadaan (termasuklah mengenalpasti isu & masalah) di tapak projek dan menyertai lawatan kerja yang melibatkan pihak pengurusan tertinggi PDT atau Pegawai Kerajaan;

4. Membantu menjalankan sesi engagement, mengadakan dan menyertai mesyuarat bersama rakan kongsi syarikat usahasama & pihak berkepentingan bagi menyelaras perancangan pelaksanaan projek, memantau & menilai prestasi pelaksanaan projek dari semasa ke semasa dan pemakluman sebarang perubahan berkaitan projek;

5. Menyediakan maklumat hasil pemantauan di lawatan tapak / mesyuarat yang disertai melalui laporan / minit mesyuarat bagi pemakluman kepada pihak pengurusan tertinggi PDT;

6. Membantu menyediakan laporan berkaitan projek bagi pelaporan kepada pihak pengurusan tertinggi PDT;

7. Mengemaskini urusan pentadbiran bagi Bahagian SD dari semasa ke semasa terutamanya perekodan dokumen, sistem fail dan pangkalan data projek;

8. Membantu menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) Jabatan Pembangunan Projek PDT dan mematuhi SOP mengikut proses dan carta alir yang berkaitan sebagaimana yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan tertinggi PDT;

9. Membantu penyediaan maklumat teknikal bagi cadangan projek baharu atau berpotensi bagi penilaian kebolehlaksanaan sesebuah projek;

10. Membantu menyediakan kertas cadangan dan slaid pembentangan maklumat projek secara kreatif bagi bahagian SD bagi kegunaan mesyuarat khas PDT dan bagi tujuan-tujuan lain yang berkaitan; dan

11. Menyediakan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi Penolong Kanan Pembangunan Projek PDT berdasarkan keterangan tugas yang telah ditetapkan untuk kelulusan Pengarah Eksekutif SD;

12. Menyertai latihan, bengkel dan seminar yang bersesuaian dengan skop keterangan tugas terkini dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan jumlah jam latihan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Modal Insan;

Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Eksekutif SD dari semasa ke semasa.

SYARAT DAN KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia;

2. Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda Quantity Surveyor / Kejuruteraan pengkhususan Kejuruteraan Awam / Mekanikal atau lain-lain bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

3. Mempunyai pengalaman kerja di dalam bidang berkaitan pembangunan projek sekurang-kurangnya DUA (2) tahun;

4. Mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sama ada secara lisan dan bertulis;

5. Mahir menggunakan Microsoft Office 365 dan seumpamanya; dan

6. Berfikiran secara kreatif dan inovatif.

GAJI DAN POTONGAN

1. Purata gaji berserta elaun tetap adalah RM2,500.00 hingga RM2,900.00 sebulan; dan

2. Potongan KWSP, SOCSO dan EIS.

Job Types: Full-time, Contract
Contract length: 24 months

Pay: RM2,000.00 - RM2,900.00 per month

Benefits:

  • Free parking
  • Maternity leave
  • Opportunities for promotion

Schedule:

  • Fixed shift

Supplemental Pay:

  • Overtime pay

Education:

  • Bachelor's (Preferred)

Experience:

  • work: 2 years (Preferred)