a) Pemeriksaan fizikal kenderaan syarikat / lori setiap hari sebelum keluar beroperasi untuk memastikan keadaan selamat untuk melakukan kerja dan juga memastikan semua peralatan keselamatan, baju hujan dan peralatan operasi berada dalam kenderaan syarikat / lori.
b) Mendapatkan Lembaran Kerja Harian setiap hari dari Penyelia atau Ketua Pekerja sebelum kenderaan syarikat / lori keluar beroperasi.
c) Memastikan keselamatan pekerja-pekerja, harta benda awam, kenderaan awam dan pejalan-pejalan kaki semasa menjalankan tugas memandu kenderaan syarikat / lori.
d) Menjalankan kerja-kerja pemungutan sisa pepejal / sisa pembersihan awam mengikut jadual dan laluan serta kawasan yang telah ditetapkan.
e) Membuang air kotoran yang terkumpul dalam kenderaan syarikat / lori di Stesen Pemindahan dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal / landfill.
f) Mematuhi segala peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Bengkel berhubung dengan laporan kerosakan kenderaan syarikat semasa menjalankan tugas dan melaporkan kepada Penyelia atau Ketua Pekerja untuk tindakan lanjut.
g) Sebaik sahaja selesai menjalankan tugas, Pemandu dikehendaki:-
- Menyerahkan Lembaran Kerja Harian kepada Penyelia terlibat.
- Membersihkan kabin dan mencuci kenderaan syarikat / lori setiap hari seperti ditetapkan oleh syarikat.
- Mengisi minyak diesel kenderaan syarikat / lori mengikut jumlah liter atau amaun dan tempat yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.
h) Melapor segala masalah yang berkaitan dengan tugas harian kepada Penyelia atau Ketua Pekerja.
Job Types: Full-time, Permanent
Pay: RM1,700.00 per month
Benefits:
- Health insurance
Supplemental Pay:
- Overtime pay
License/Certification:
- E, GDL (Preferred)