PRODUCTION TECHNICIAN
RM 1,500 - RM 1,999 / Per Mon
Checking job availability...
Original
Simplified
Ringkasan Kerja: Memastikan semua mesin dan mould boleh beroperasi serta mengeluarkan pengeluaran dengan lancar mengikut masa yang ditetapkan. Penyelenggaraan mesin dilakukan mengikut masa ditetapkan. Tugas dan Tanggungjawab. • Memperbaiki atau memastikan semua mesin berjalan dengan lancar. • Melaporkan kepada penyelia permasalahan yang berkaitan dengan mesin • Mengisi rekod preventive maintenance mesin dan lain-lain yang berkaitan servis • Melakukan Requisition dan Purchase Requisition Form terhadap part yang diperlukan • Memastikan kebersihan kawasan tempat kerja • Memastikan sisa-sisa buangan terjadual dan sisa-sisa bukan buangan terjadual (sisa-sisa kitar semula dan sisa-sisa domestik) dikendalikan dengan betul, dikawal, disimpan, dilupuskan untuk memastikan pematuhan dengan undang-undang dan mencegah pencemaran terhadap alam sekitar. Sila rujuk kepada SW Kod dan Gambar. • Memastikan penggunaan bahan kimia dikawal dan menghalang pengunaan bahan kimia berbahaya selaras dengan undang-undang alam sekitar. Selain itu, memahami label bahan kimia supaya keselamatan, kesihatan dan penggunaan peralatan pelindungan diri diikuti dengan betul. Tugasan Sampingan. • Melaksanakan tugas lain yang berkaitan seperti yang diperlukan. Pengetahuan, Kemahiran dan Keupayaan Diperlukan. • Pengetahuan asas mengenai kejuruteraan mekanikal, elektrik dan fungsi mesin. • Kemahiran dan keupayaan dalam pemesinan, pembaikan dan penggantian bahagian mesin, menukar tetapan.
Similar Jobs