Epicareer Might not Working Properly
Learn More

PEGAWAI PENILAI (PP) Program Kemahiran Malaysia dalam Pentadbiran Pejabat (Office Management)

RM 1,800 - RM 3,500 / month

Checking job availability...

Original
Simplified

DIKRIPSI TUGAS/JOB DESCRIPTIONS:

  • Reka Bentuk dan Penilaian:
  • Merancang prosedur latihan kemahiran dan penilaian untuk pelaksanaan program latihan.
  • Latihan dan Penilaian:
  • Melaksanakan proses latihan kemahiran dan penilaian untuk program latihan.
  • Memantau perkembangan prestasi dan membimbing pelatih dalam setiap kemahiran.
  • Membimbing pelatih dalam menyediakan portfolio pelatih.
  • Memastikan rekod penilaian pelatih dikemas kini dalam Sistem MySpike.
  • Pematuhan dan Penyelarasan:
  • Terlibat dalam aktiviti berkaitan lawatan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran.
  • Bekerjasama rapat dengan Pegawai Pengesah Luaran (PPL) dalam prosedur peperiksaan, lawatan, dan kemas kini WIM.
  • Sokongan dan Bimbingan Pelajar:
  • Berperanan sebagai penasihat kepada kelab atau persatuan berkaitan, mewujudkan persekitaran yang menyokong dan memperkayakan aktiviti kokurikulum pelajar.
  • Bertindak sebagai mentor kepada pelajar, memberikan sokongan, nasihat, dan galakan untuk perkembangan akademik dan peribadi mereka.
  • Pengurusan Sumber:
  • Menyediakan cadangan kepada pihak pengurusan yang mengenal pasti keperluan bahan, termasuk cadangan untuk perolehan, pengagihan, atau pembangunan sumber bagi menyokong kurikulum.
  • Memantau keperluan bahan untuk kurikulum, melakukan penilaian berkala untuk mengenal pasti dan menilai keperluan sumber pengajaran dan pembelajaran.
  • Bimbingan Projek Tahun Akhir:
  • Memberikan bimbingan dan penyeliaan kepada pelajar Projek Tahun Akhir dalam Perkhidmatan Rangkaian Komputer, membantu mereka menyelesaikan projek dengan jayanya.
  • Membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan standard/NOSS.

KEPERLUAN/REQUIREMENTS:

1) Memiliki/mempunyai sijil-sijil berikut:

  • SKM Pentadbiran Pejabat (N821-001-3:2020) atau tahap 3 atau tahap 4 program yang berkaitan.
  • Diploma Pengajaran TVET (TVET-I) atau Vocational Tarining Officer (VTO) Tahap 4 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

2) Pengetahuan mendalam tentang bidang pengurusan.

3) Kemahiran komunikasi dan pengajaran yang tinggi, dengan kebolehan untuk memotivasikan dan memberi inspirasi kepada pelajar.

4) Kebolehan organisasi untuk membangunkan sumber pembelajaran yang berkesan dan memantau perkembangan pelajar.

5) Pemikiran kolaboratif untuk menyumbang secara aktif kepada pembangunan dan penambahbaikan kurikulum.

6)Fleksibiliti, kemampuan menyesuaikan diri, dan pendekatan pendidikan yang berpusatkan pelajar.

LAIN-LAIN:

Gaji untuk jawatan ini adalah boleh dirunding dan akan ditentukan berdasarkan kelayakan dan pengalaman.

Job Type: Full-time

Pay: RM1,800.00 - RM3,500.00 per month

Benefits:

  • Maternity leave

Schedule:

  • Monday to Friday

Ability to commute/relocate:

  • Petaling Jaya: Reliably commute or planning to relocate before starting work (Required)