SITE MANAGER (CONSTRUCTION HOUSE)
RM 3,000 - RM 3,499 / Per Mon
Checking job availability...
Original
Simplified
Pengurusan Pelanggan • Berkhidmat sebagai pusat perhubungan utama untuk pelanggan. • Mengendalikan atau consult pelanggan berkenaan dengan pemilihan bahan yang akan digunakan dalam pembinaan • Menerima dan menguruskan aduan yang diutarakan dan yang dihadapi oleh pelanggan • Memaklumkan arahan kerja yang perlu atau tindakan sepatutnya diambil kepada penyelia tapak selepas menerima aduan daripada pelanggan • Memantau kerja dilakukan mengikut arahan • Memastikan aduan yang diutarakan dan yang dihadapi oleh pelanggan diselesaikan • Melakukan lawatan ke tapak dan melakukan perjumpaan di tapak bersama pelanggan • Menguruskan variation order sehingga projek selesai • Melakukan site meeting bagi permulaan tapak yang baharu Perancangan dan Pelaksanaan Projek di Tapak • Memperuntukkan sumber secara berkesan untuk memenuhi tarikh akhir projek. • Memastikan kerja mematuhi reka bentuk, spesifikasi dan piawaian pembinaan yang telah dipersetujui oleh client. • Mengurus setiap progress di tapak mengikut piawaian dan garis masa yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. • Menyusun jadual kerja harian atau mingguan untuk memastikan projek berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. • Memantau hal kebersihan dan keselamatan di tapak • Menguatkuasakan pematuhan kepada protokol dan peraturan keselamatan di tapak. • Menjalankan taklimat keselamatan dan memastikan semua pekerja dilatih tentang amalan selamat. • Menyiasat dan melaporkan insiden, melaksanakan tindakan pembetulan seperti yang diperlukan. • Menjaga hubungan yang baik dengan komuniti Pengurusan Pasukan Subkontraktor • Bertanggungjawab dalam pencarian pemilihan dan pelantikan tukang yang boleh melakukan kerja mengikut spefikasi syarikat. • Berunding dengan pihak ketua tukang dalam setiap perkara seperti harga bagi tukang, pemilihan pekerja, spefikisi kerja dan berkaitan • Memantau sebarang permohonan bayaran daripada subkontraktor • Memantau progress kerja subkontraktor di tapak. • Mengadakan mesyuarat tapak secara berkala untuk menyampaikan kemajuan projek dan menangani isu. • Latih dan tunjuk ajar kakitangan di tapak untuk meningkatkan produktiviti dan amalan keselamatan. • Menyelesaikan masalah yang timbul di tapak dan memaklumkan kepada Pengurus Projek • Melakukan pengaturan jadual bagi setiap tukang setiap hari • Melakukan pemantauan kualiti setiap tukang dan menguruskan sebarang masalah kualiti kerja yang muncul di kalangan tukang • Melaksanakan mock up/model training kepada pasukan penyelia dan tukang Pengurusan Penyelia Tapak • Menyerahkan jadual perancangan kerja bagi setiap penyelia tapak setiap hari • Memberi arahan kepada penyelia tapak berkaitan dengan VO dan complaint defect • Memberikan keputusan berkaitan pemilihan bahan • Melakukan penilaian prestasi kerja (KPI) terhadap penyelia tapak. • Melakukan penyelesaian teknikal yang timbul di kalangan penyelia tapak • Memantau kualiti bangunan yang diselia oleh penyelia tapak • Menerima dan memantau laporan yang dihasilkan oleh penyelia tapak • Melaksanakan mesyuarat bersama dengan penyelia tapak Pengurusan Dengan Pihak Plan • Berkomunikasi dan bekerjasama dengan Jabatan Plan mengenai pindaan plan berdasarkan VO • Berunding dengan Jabatan Plan mengenai pelan tambahan sekiranya diperlukan • Bekerjasama dengan Jabatan Plan mengenai technical drawing dan Design bagi pembinaan sesebuah rumah Kawalan Kualiti Bangunan • Memberikan Latihan yang berkenaan dengan kawalan kualiti kepada penyelia dan subkontraktor • Memantau aktiviti pembinaan untuk memastikan standard kualiti dipenuhi. • Menjalankan pemeriksaan dan menyelesaikan sebarang isu di tapak dengan segera. • Mengekalkan dokumentasi yang tepat, termasuk laporan harian dan log. • Membuat pemantauan kualiti kerja tapak pembinaan setiap hari • Melakukan pengesahan, mengenai piawaian kualiti, pemilihan tools untuk kawalan kualiti dan penggunaannya. • Memantau defect yang terdapat di tapak Pengurusan Kos dan Sumber • Jejaki perbelanjaan projek dan uruskan belanjawan dengan berkesan. • Memastikan perolehan bahan dan peralatan tepat pada masanya dengan melakukan pemesanan barang yang diperlukan. • Menyemak setiap kualiti barang yang dipesan dan digunakan • Kenal pasti dan kurangkan potensi lebihan kos. Pengurusan Dengan Pengurus Projek • Menghadiri kick-off meeting bersama dengan Pengurus Projek • Menerima jadual perancangan kerja daripada Pengurus Projek • Menyediakan laporan pembukaan tapak baru, laporan defect, laporan VO, dan laporan complaint dan menyerahkan kepada Pengurus Projek • Menyediakan laporan pemantauan harian & mingguan di tapak yang telah ditetapkan dan menyerahkan kepada Pengurus Projek • Menghadiri mesyuarat bersama Pengurus Projek • Menghantar live location dan FOD • Melibatkan diri dalam sebarang aktiviti syarikat dan seumpamanya.