Site Supervisor (Construction Housing)
Salary undisclosed
Checking job availability...
Original
Simplified
Pengurusan Pelanggan • Atasi dan selesaikan kebimbangan dan maklum balas pelanggan dengan segera. • Memaklumkan mengenai work progress kepada pelanggan dari semasa ke semasa. Sediakan kemas kini tetap tentang kemajuan projek, cabaran dan pencapaian. • Menguruskan aduan yang diutarakan dan yang dihadapi oleh pelanggan • Melakukan lawatan ke tapak dan melakukan perjumpaan di tapak bersama pelanggan • Menguruskan variation order sehingga projek selesai • Melaporkan kepada pengurus tapak mengenai aduan pelanggan dan melaporkan kepada pengurus tapak mengenai tindakan yang akan diambil serta mengemaskini pembaikan yang dilakukan dari semasa ke semasa. Perancangan dan Pelaksanaan Projek di Tapak • Memperuntukkan sumber secara berkesan untuk memenuhi tarikh akhir projek. • Memastikan kerja mematuhi reka bentuk, spesifikasi dan piawaian pembinaan berdasarkan plan/drawing • Mengurus setiap progress di tapak mengikut piawaian dan garis masa yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. • Menyusun jadual kerja harian atau mingguan untuk memastikan projek berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. • Menguruskan hal kebersihan dan keselamatan bahan-bahan di tapak • Memastikan tempoh projek disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan • Menguatkuasakan pematuhan kepada protokol dan piawaian daripada pihak PBT seperti papan tanda dan sebagainya • Menjalankan taklimat keselamatan dan memastikan semua pekerja dilatih tentang amalan selamat. • Menyiasat dan melaporkan insiden, melaksanakan tindakan pembetulan seperti yang diperlukan. • Menjaga hubungan yang baik dengan komuniti • Menguruskan bekalan elektrik sementara dan jalan masuk ke tapak Pengurusan Pasukan Subkontraktor • Menyelia dan mengarahkan pekerja tapak, subkontraktor dan pengendali peralatan. • Latih dan tunjuk ajar kakitangan di tapak untuk meningkatkan produktiviti dan amalan keselamatan. • Menyelesaikan masalah yang timbul di tapak dan memaklumkan kepada Pengurus Projek • Melakukan pengaturan jadual bagi setiap tukang setiap hari • Menjaga kemajuan kerja dan melakukan pemantauan kualiti setiap tukang dan menguruskan sebarang masalah kualiti kerja yang muncul di kalangan tukang • Menyerahkan claim pembayaran gaji subkontraktor kepada pihak Kewangan • Memantau dan memastikan keperluan subkontraktor semasa proses pembinaan rumah Pengurusan Dengan Pengurus Tapak • Menerima arahan kerja daripada Pengurus Tapak dan melaksanakannya mengikut tempoh yang telah ditetapkan • Menyediakan laporan kesiapan kerja bagi VO • Menyediakan laporan work progress dan menyerahkan kepada Pengurus Tapak • Menghadiri Site Meeting bersama Pengurus Tapak • Menyediakan laporan defect dan laporan berkenaan isu teknikal dan menyerahkan kepada Pengurus Tapak Pengurusan Dengan Pihak Logistik • Berkomunikasi dengan pihak logistik untuk urusan pemesanan barang • Menguruskan pengaturan barang di tapak supaya barang yang diperlukan mencukupi dan proses berjalan lancar • Membantu pihak logistic dalam proses pengangkutan barang yang diperlukan • Membantu memantau keselamatan dalam proses penghantaran dan penerimaan barang Pengurusan Dengan Pihak Pembekal • Menguruskan proses pemesanan barang yang diperlukan di tapak dengan berkesan dan cepat • Melaksanakan pengaturan barang di tapak dengan berkesan • Memastikan barang yang dipesan adalah memenuhi standard dan kualiti yang telah ditetapkan • Memastikan bilangan barang adalah mencukupi bagi mengelakkan proses tergendala • Memastikan barang yang berada di tapak berada dalam tahap keselamatan yang memuaskan Kawalan Kualiti Bangunan • Memantau aktiviti pembinaan untuk memastikan standard kualiti dipenuhi. • Menjalankan pemeriksaan dan menyelesaikan sebarang isu di tapak dengan segera. • Mengekalkan dokumentasi yang tepat, termasuk laporan harian dan log. • Membuat pemantauan kualiti kerja tapak pembinaan setiap hari • Memantau defect yang terdapat di tapak Pengurusan Kos dan Sumber • Menyelia perbelanjaan projek dan uruskan belanjawan dengan berkesan. • Memastikan perolehan bahan dan peralatan tepat pada masanya dengan melakukan pemesanan barang yang diperlukan. • Menyemak setiap kualiti barang yang dipesan dan digunakan • Kenal pasti dan kurangkan potensi lebihan kos. Penyerah Laporan dan Aktiviti • Menyediakan laporan progress kerja harian & mingguan di tapak yang telah ditetapkan dan menyerahkan kepada Pengurus Tapak • Menyediakan laporan berkenaan isu teknikal kepada Pengurus Tapak • Menyediakan laporan defect dan menyerahkan kepada Pengurus Tapak • Menghadiri mesyuarat bersama pasukan • Melaksanakan perjumpaan dan mesyuarat tapak bersama Pengurus Tapak • Menghantar live location dan FOD • Melibatkan diri dalam sebarang aktiviti syarikat dan seumpamanya.