Checking job availability...
Original
Simplified
1. Sebagai pemandu kepada Pengurusan Kanan Syarikat atau kakitangan yang telah ditetapkan seperti yang diminta. 2. Menjalankan pemeriksaan harian kenderaan sebelum memulakan pemanduan, melaporkan dan menyelesaikan apa-apa permasalahan yang timbul dengan segera. 3. Memastikan kenderaan diselenggara dengan baik termasuk aspek kebersihan kenderaan dan memastikan jadual penyelenggaran berkala bagi memenuhi keperluan keselamatan. 4. Menjalankan tinjauan berkenaan keadaan trafik untuk merancang perjalan seterusnya menentukan masa dan laluan terbaik untuk diambil. 5. Mematuhi semua ordinan, peraturan dan undang-undang trafik yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan di bawah undang-undang Malaysia dan mengamalkan pemanduan yang selamat. 6. Membantu dalam tugas pentadbiran termasuk tugas-tugas khas dan tugas yang lain yang diberi apabila diperlukan. 7. Mematuhi semua peraturan dan undang-undang syarikat. 8. Melaksanakan apa-apa tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diminta oleh Superior untuk memastikan urusan operasi berjalan lancar. Kelayakan: 1. Mempunyai lesen memandu kereta yang sah (Kelas D) 2. Boleh bekerja lebih masa dan cuti umum apabila diperlukan 3. Tiada rekod saman, senarai hitam atau rekod jenayah 4. Mahir dengan jalan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor 5. Perlu ada kenderaan sendiri untuk ke rumah Pengarah Syarikat 6. Menepati masa dan mempunyai disiplin yang tinggi 7. Memandu kereta secara berhemah