Epicareer Might not Working Properly
Learn More

PEGAWAI PENERANGAN (KECERGASAN/AKTIVITI FIZIKAL) GRED S9

  • Full Time, onsite
  • JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG
  • Pulau Pinang, Malaysia
Salary undisclosed

Checking job availability...

Original
Simplified
PENEMPATAN: CAWANGAN PROMOSI KESIHATAN NEGERI, JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG & WELLNESS HUB SEBERANG PERAI UTARA MOHON HANTAR PERMOHONAN ANDA MELALUI EMEL [email protected] SKOP TUGASAN PEGAWAI PENERANGAN (KECERGASAN/ AKTIVITI FIZIKAL): • Bertanggungjawab dalam menguruskan dan melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan kecergasan dan aktiviti fizikal dalam komuniti. • Bertanggungjawab mengendalikan media massa, media luar dan media sosial. • Mengendalikan aktiviti kecergasan (senamrobik komuniti/ latihan kecergasan). • Mengendalikan aktiviti temuseru untuk menggerakkan rakan strategik dan komuniti. • Memasukkan data-data terkumpul ke dalam database dan sistem MyHPIS. • Melaksanakan tugas berdasarkan arahan dari semasa ke semasa. SYARAT KELAYAKAN: 1. Berumur 18 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. 2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan / bidang Sains Sukan / Kesihatan Kecergasan / Pengurusan Sukan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya. 3. Memiliki kemahiran dan pengalaman menggunakan Microsoft Office dan lain-lain aplikasi. 4. Memiliki kemahiran senaman dan pengalaman untuk mengendalikan aktiviti kecergasan dan senaman serta aktiviti bersama komuniti. 5. Mempunyai kemahiran menulis dan berkomunikasi dengan baik, boleh bekerja dalam pasukan serta bersedia untuk bekerja di luar kawasan sekiranya diarahkan. 6. Berkebolehan untuk menghasilkan suntingan seperti poster/ infografik/ video serta mahir menggunakan media sosial. 7. Sihat tubuh badan dan mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) unggul, tidak merokok atau vape, lengkap vaksinasi, berdikari, berdisiplin, cergas, ceria dan boleh menerima tugasan dari masa ke semasa mengikut keperluan atau arahan. 8. Boleh bekerja lebih masa dan di hari minggu (Sabtu atau Ahad). CARA MEMOHON: Calon yang berkelayakan dan berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut selewat-lewatnya pada 20 Februari 2025 (Khamis) sebelum jam 5.00 Petang. 1. Resume yang lengkap berserta gambar terkini 2. Salinan sijil ijazah dan salinan sijil berkaitan 3. Salinan kad pengenalan Sila emelkan permohonan kepada [email protected] Hanya calon yang layak disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.