Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Eksekutif Instrumentasi

  • Full Time, onsite
  • Private Advertiser
  • Bertanggungjawab menyediakan laporan dan penilaian untuk setiap tugasan yang diberikan., Malaysia
Salary undisclosed

Checking job availability...

Original
Simplified

SYARAT LANTIKAN :

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Instrumentasi / Elektrikal / Elektronik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mempunyai Himpunan Purata Nilai Mata (CGPA 3.00 dan ke atas) yang cemerlang;
  • Mempunyai minima tiga (3) tahun pengalaman dengan penglibatan yang meluas dalam bidang kejuruteraan dan boleh bekerja lebih masa sebagaimana keperluan Syarikat;
  • Memiliki pengetahuan dalam teknologi terkini melibatkan instrumentasi (Flowmeter, Sensor, Differential Pressure Transmitter, Remote Terminal Unit, Online Analyzer), Sistem SCADA yang berkaitan penyelenggaraan, troubleshooting dan penambahbaikan;
  • Keutamaan bagi calon yang memiliki kekompetenan melibatkan Programmer Logic Control (PLC) dan SCADA dalam menyediakan program, pengubahsuaian program dan troubleshooting programming dan mempunyai pengalaman dalam pengurusan proses rawatan air;
  • Lulus kursus / latihan dan / atau ujian yang ditetapkan oleh Syarikat;
  • Boleh bertugas / bertukar dimana lokasi ditetapkan oleh Syarikat.
  • SYARAT TAMBAHAN :

  • Keutamaan Anak Melaka atau pasangan atau ibu bapa berasal dari Melaka;
  • Tiada hubungan kekeluargaan dengan anggota yang bekerja di SAMB (pasangan, ibu bapa, anak, adik-beradik termasuk ipar).
  • BIDANG TUGAS UTAMA :

  • Berpengalaman dalam penyeliaan kakitangan bagi kerja-kerja berkaitan instrumentasi & SCADA;
  • Bertanggungjawab menambahbaik proses dalam menyokong matlamat dan belanjawan syarikat;
  • Bertanggungjawab dalam perancangan, pengurusan instalasi dan penyelenggaraan melibatkan peralatan instrumentasi, PLC, SCADA dan sistem automasi Syarikat;
  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan pengurusan, pentadbiran dan perancangan kumpulan yang melibatkan pengoperasian rawatan air;
  • Bertanggungjawab melatih dan menyelia kerja kakitangan di lapangan untuk memastikan keberkesanan prosedur kerja, memastikan semua aktiviti dan pekerjaan dijalankan mengikut pematuhan, peraturan keselamatan dan prosedur operasi standard;
  • Bertanggungjawab untuk membantu dalam merumus, melaksanakan aliran dan prosedur proses jabatan untuk memaksimumkan output;
  • Bertanggungjawab memastikan sumber dan bahan tersedia pada setiap masa, memberikan cadangan untuk kerja pembaikan, melaksanakan penilaian berterusan dan memastikan preventive maintenance diuruskan bagi mengatasi setiap isu yang berbangkit;
  • Bertanggungjawab menyediakan laporan dan penilaian untuk setiap tugasan yang diberikan.