Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Awam / Mekanikal / Elektrikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mempunyai Himpunan Purata Nilai Mata (CGPA 3.00 dan ke atas) yang cemerlang;
Keutamaan kepada calon yang memiliki sijil kompetensi yang diiktiraf dalam pengauditan dalaman atau teknikal dan / atau mempunyai pengalaman minima tiga (3) tahun di dalam bidang pengauditan, termasuk perancangan, pelaksanaan dan pelaporan;
Mempunyai pengalaman dalam bidang teknikal yang berkaitan seperti operasi, pengeluaran, pengurusan risiko, atau bidang lain yang relevan;
Memahami peraturan dan keperluan undang-undang dalam industri air seperti Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA), standard pembinaan, dan garis panduan teknikal merupakan satu kelebihan;
Mempunyai kemahiran menilai keberkesanan program penyelenggaraan (pembaikan dan pencegahan) bagi peralatan, jentera, perpaipan, pam, motor dan lain-lain yang relevan;
Berpengetahuan dalam memantau pematuhan projek serta peraturan teknikal seperti SPAN, SIRIM, JKR, dan garis panduan keselamatan kerja;
Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang jelas dan berkesan termasuk memberi penjelasan teknikal kepada pihak yang bukan teknikal;
Mempunyai kemahiran Interpersonal dan Kepimpinan;
Lulus kursus / latihan dan / atau ujian yang ditetapkan oleh Syarikat;
Boleh bertugas / bertukar dimana lokasi ditetapkan oleh Syarikat.
SYARAT TAMBAHAN :
Keutamaan Anak Melaka atau pasangan atau ibu bapa berasal dari Melaka;
Tiada hubungan kekeluargaan dengan anggota yang bekerja di SAMB (pasangan, ibu bapa, anak, adik-beradik termasuk ipar).
BIDANG TUGAS UTAMA :
Bertanggungjawab melaksanakan Audit Teknikal Berasaskan Risiko terhadap aktiviti operasi loji, agihan air serta penyelenggaraan peralatan M&E;
Melaksanakan audit ke atas projek pemasangan paip, pembinaan loji rawatan air, rehabilitasi loji rawatan air atau infrastruktur agihan untuk memastikan pematuhan kepada spesifikasi teknikal, bajet, dan jadual kerja;
Menilai Keberkesanan Program Penyelenggaraan (preventive dan corrective maintenance) untuk memastikan kebolehpercayaan peralatan kritikal seperti pam, sistem rawatan air, dan rangkaian agihan air serta menganalisa keberkesanan kos penyelenggaraan dan kesannya terhadap kecekapan operasi;
Menghubungkaitkan impak undang-undang, peraturan, polisi dan prosedur yang berkaitan dengan isu-isu ketidakpatuhan;
Menyediakan Laporan Audit yang berimpak, membentangkan penemuan audit kepada pihak pengurusan, termasuk analisa punca masalah dan langkah pembetulan serta pencegahan.