Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Therapist Pendidikan Khas Kanak-Kanak (OT, PT, ST)

RM 3,000 - RM 3,499 / month

Checking job availability...

Original
Simplified
Jawatan: Terapis Pendidikan Khas Kanak-Kanak Occupational Therapy (OT) Physical Therapy (PT) Speech Therapy (ST) Lokasi: Taman Melati, Kuala Lumpur Syarikat: Koperasi Ittihad Berhad (KOPIB) Gaji: RM3500++ (bergantung kepada kelayakan & pengalaman). Terbuka untuk: Fresh Graduate, Freelance, Part Time, Kontrak dan Pekerja Sepenuh Masa. Kami sedang mencari Terapis Pendidikan Khas Kanak-Kanak yang bersemangat dan komited untuk mengembangkan karier dengan menyertai pasukan kami! Jika anda seorang individu yang penuh dedikasi, penyayang, dan inovatif, serta berhasrat membantu kanak-kanak mencapai potensi maksimum, kami ingin mendengar daripada anda yang mempunyai ciri-ciri di bawah: ~ Diploma/Ijazah dalam Terapi Pendidikan Khas Kanak-kanak atau bidang berkaitan. ~ Fresh Graduates dialu-alukan. ~ Sijil pendaftaran sebagai Terapis Pekerjaan seperti Occupational Therapy (OT), Physical Therapy (PT) atau Speech Therapy (ST), jika ada. ~ Pengalaman dalam bidang sektor kesihatan adalah satu kelebihan, tetapi bukan syarat. ~ Sedia memberi komitmen yang tinggi dalam mendidik anak-anak berkeperluan khas. ~ Jujur, amanah, tanggungjawab dan yang penting ada sifat sayang pada pelajar. ~ Kreatif dan inovatif. ~ Boleh menerima teguran/arahan dari pihak atasan dan keupayaan untuk bekerja dalam pasukan. Tugas dan Tanggungjawab : 1. Penilaian Kanak-Kanak: Melaksanakan penilaian menyeluruh bagi mengenal pasti keperluan perkembangan dan cabaran kanak-kanak. 2. Perancangan dan Pelaksanaan Terapi: Membangunkan dan melaksanakan pelan intervensi yang disesuaikan untuk setiap kanak-kanak, merangkumi pelbagai pendekatan yang inovatif. 3. Aktiviti Interaktif: Menggunakan pendekatan bermain dan aktiviti kreatif untuk merangsang kemahiran motor, sosial, dan kognitif, menjadikan sesi terapi sebagai pengalaman yang menyeronokkan dan bermakna. 4. Kerjasama Keluarga: Bekerjasama dengan ibu bapa dan penjaga untuk menyediakan sokongan dan strategi yang efektif di rumah, serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses terapi. 5. Pemantauan dan Penilaian Kemajuan: Memonitor kemajuan kanak-kanak secara berkala, mendokumentasikan kemajuan dengan teliti, dan menyesuaikan pelan terapi mengikut keperluan. Menyimpan rekod yang tepat dan terperinci bagi memastikan setiap kanak-kanak mendapat perhatian yang diperlukan. 6. Pendidikan dan Kesedaran: Memberi penerangan dan pendidikan kepada keluarga tentang perkembangan kanak-kanak dan cara-cara untuk menyokongnya, dengan pendekatan yang membina keyakinan dan kefahaman. Kelayakan: ~ Diploma/Ijazah dalam Terapi Pendidikan Khas Kanak-kanak atau bidang berkaitan. ~ Fresh Graduates dialu-alukan. ~ Sijil pendaftaran sebagai Terapis Pekerjaan seperti Occupational Therapy (OT), Physical Therapy (PT) atau Speech Therapy (ST), jika ada. ~ Pengalaman dalam bidang sektor kesihatan adalah satu kelebihan, tetapi bukan syarat. ~ Kemahiran komunikasi yang baik dan keupayaan untuk bekerja dalam pasukan. Kenapa perlu sertai kami? - Berpeluang untuk kenaikan gaji dan pangkat. - Gaji permulaan yang kompetitif (ikut kelayakan & pengalaman). - Caruman KWSP, PERKESO dan EIS. - Cuti Tahunan. - Medical Benefit. - Makanan disediakan - Berdekatan dengan LRT Gombak & LRT Taman Melati - Lokasi sekolah berdekatan dengan KL East Mall - Peluang pembangunan profesional. Jom Sertai Team Kami! Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kami dan memberikan impak dalam kehidupan kanak-kanak, hantarkan resume anda kepada [email protected] or [email protected] atau ke nombor telefon kami di +6018-2771019. Kami menantikan kehadiran anda!