
EKSEKUTIF PEMBANGUNAN PEKERJAAN DAN DATA ANALITIKS
Salary undisclosed
Checking job availability...
Original
Simplified
Skop Kerja 1. Pengumpulan dan Analisis Data o Mengumpulkan data mengenai permintaan dan bekalan tenaga kerja dalam pasaran pekerjaan. o Mengumpulkan data pencari kerja o Menganalisis data pencari kerja, keperluan industri, serta keberkesanan program pembangunan pekerjaan. o Menyediakan laporan dan cadangan berdasarkan hasil analisis data untuk menyokong perancangan strategik organisasi. 2. Perancangan dan Pelaksanaan Program o Merancang dan melaksanakan program pembangunan pekerjaan berdasarkan analisis data yang telah dikumpulkan. o Menyelaraskan strategi pembangunan bakat bagi memastikan keperluan pasaran pekerjaan dipenuhi. o Memonitor dan menilai keberkesanan program pembangunan pekerjaan serta mencadangkan penambahbaikan. 3. Pengurusan Data dan Pelaporan o Menyusun dan mengurus pangkalan data berkaitan pencari kerja dan keperluan industri menggunakan Microsoft Excel atau sistem lain yang dicadangkan. o Menyediakan laporan berkala mengenai trend pasaran pekerjaan, kadar pemadanan kerja, dan keberkesanan strategi yang dilaksanakan. o Memastikan semua laporan disediakan dengan lengkap dan tepat mengikut keperluan organisasi serta pihak berkepentingan. 4. Kerjasama dengan Pihak Berkepentingan o Berhubung dengan majikan, institusi pendidikan, dan agensi kerajaan untuk memahami serta merangka penyelesaian terhadap cabaran tenaga kerja. o Membantu dalam membina jaringan kerjasama antara pencari kerja dan majikan bagi meningkatkan kadar pemadanan pekerjaan. o Mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan untuk mengumpulkan maklumat dan mendapatkan sokongan bagi program pembangunan pekerjaan. 5. Cadangan Penambahbaikan Teknologi o Menganalisis keperluan sistem pengurusan data yang lebih efektif. o Mencadangkan sistem analitik atau platform yang boleh meningkatkan keberkesanan pemprosesan data dan pemadanan kerja. o Mengoptimumkan penggunaan Microsoft Excel atau sistem lain untuk memudahkan analisis dan pelaporan data. 6. Penilaian Kejayaan dan Penambahbaikan Berterusan o Memantau jumlah pemadanan kerja yang berjaya dan memastikan laporan disediakan tepat pada masanya. o Menggunakan data untuk mencadangkan strategi pembangunan bakat yang lebih berkesan dan relevan dengan pasaran kerja. o Menyediakan pembentangan kepada pihak pengurusan mengenai keberkesanan inisiatif yang dijalankan serta cadangan penambahbaikan