Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Human Resource & Membership Executive

RM 2,500 - RM 2,999 / month

Checking job availability...

Original
Simplified
1) BAHAGIAN SUMBER MANUSIA a. Melaksanakan proses pembayaran gaji pekerja sebelum atau pada 22haribulan pada setiap bulan. b. Memastikan semua transaksi berkenaan pembayaran dan pemotongan gaji termasuk KWSP, SOCSO, LHDN dan Tabung Haji adalah tepat dan betul sebelum atau pada 15 haribulan setiap bulan. c.Memastikan rekod dan dokumen peribadi kakitangan dikemaskini dengan teliti. d. Memastikan sistem KPI setiap jabatan disemak dan dikemaskini setiap enam (6) bulan. e. Memastikan rekod kedatangan dan cuti kakitangan dikemaskini setiap hari. f. Merekod, mengesahkan dan memastikan permohonan cuti kakitangan diuruskan dengan cekap. g. Melaksanakan proses pengambilan pekerja termasuk saringan dan pemilihan calon yang sesuai untuk proses temuduga dan perlantikan kakitangan. h. Menyediakan surat rasmi jabatan termasuk surat perlantikan kakitangan, penerimaan notis perletakan jawatan, kenaikan pangkat, kenaikan gaji, pemberian bonus, surat tunjuk sebab, surat amaran, surat pertukaran, pemberhentian kakitangan, serta surat-surat yang berkaitan. i. Menguruskan aktiviti latihan untuk kakitangan. 2) BAHAGIAN PENTADBIRAN a. Memastikan perkhidmatan penyelenggaran pejabat dilaksanakan secara berkala dan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. b. Memastikan inventori dan keperluan pejabat sentiasa mencukupi dan terurus berdasarkan stoc card. c. Memastikan penyelenggaraan kereta syarikat sentiasa mengikut jadual. 3)BAHAGIAN KEANGGOTAAN a. Merancang dan mentadbir aktiviti Bahagian Keanggotaan dan memastikan perlaksanaan tugas mengikut tatacara dan panduan yang ditetapkan. b. Memastikan semua maklumat dan data anggota dikemaskini didalam sistem Keanggotaan c. Membimbing, memantau, menyelia akitiviti harian kakitangan di Bahagian Keanggotaan. d. Menyelia dan mentadbir uruskan aktiviti/pengerakan keanggotaan, pendaftaran keanggotaan, Modal syer dan caruman bulanan. e. Menguruskan aktiviti/pergerakan keanggotaan dan potongan gaji peminjam, f. Merancang aktiviti atau program promosi barangan dan kemudahan pinjaman, bagi menarik anggota baru dan memastikan Anggota mendapat perkhidmatan yang terbaik seperti yang diharapkan. g. Membuat semakan dan pengesahan penyata akaun caruman anggota (Kenaggotaan) sebelum dimaklumkan kepada anggota, dan pengiraan permohonan pinjaman yang dibuat oleh kakitangan untuk proses kelulusan. h. Membuat semakan laporan bulanan bahagian Kenaggotaan yang disediakan oleh kakitangan sebelum dibentangkan di dalam Mesyuarat Bulanan ALK i. Menyediakan kertas kerja/cadangan untuk kelulusan ALK melalui Pengurus Kopcel.