Checking job availability...
Original
Simplified
DISKRIPSI TUGAS 1) Membantu menguruskan laporan kerosakan yang berlaku di kampus UCYP/ KYP. 2) Membantu menyediakan laporan aktiviti berkaitan Jabatan. 3) Membantu menyusun jadual kerja juruteknik bagi proses penyelenggaraan berjalan dengan lancar. 4) Mengurus, membuka dan mengemukakan laporan kerosakan dan pembelian ke Unit Perolehan bagi penyelenggaraan premis KESB. 5) Melakukan kerja-kerja penyelenggaraan teknikal. 6) Mengemaskini rekod keluar masuk peralatan/ perkakasan/ alat ganti. 7) Menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa. 8) Memastikan dokumen prosedur ISO dikemaskini, direkodkan dan disimpan dengan baik. 9) Melakukan pengukuran di tapak dan menyenaraikan kerja-kerja teknikal sebelum proses dokumen sebut harga. 10) Mengurus lawatan tapak oleh kontraktor bagi kerja-kerja teknikal. 11) Membuat pembelian bagi kerja-kerja kecemasan. 12) Mengurus pengangkutan dan mengambil peralatan teknikal dari premis pembekal ke kampus. 13) Membantu juruteknik melakukan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan. 14) Melakukan kerja-kerja pengenalpastian masalah, membuat laporan dan membuka permohonan penyelenggaraan. 15) Membantu unit operasi kampus dalam penyediaan tempat untuk majlis dan sewaan. 16) Membantu Eksekutif Unit Teknikal dan Keselamatan dalam membangunkan dan menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. 17) Bersedia bekerja lebih masa dan pada hari rehat jika diperlukan.